Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menganjurkan satu “Sesi Teh Tarik” yang amat istimewa bersama dengan beberapa orang penunggang MotoGP. Acara ini telah diadakan di NZ Curry House dengan kemunculan istimewa oleh Ayumu Sasaki, Adam Norrodin, Niki Tulli, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin, dan Danilo Petrucci. SIC juga turut memperkenalkan trofi rasmi yang akan dipersembahkan kepada…
Category: petronas sprinta
Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 telah dilancarkan secara rasmi semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Kerjasama yang baru di antara Petronas dan SIC ini telah menghasilkan arah tujuan baru pasukan berkenaan bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggangnya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki telah bersedia bagi menggalas cabaran bersaing dalam kelas Moto3.
Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018. Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan. Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada…
PETRONAS dan Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit – SIC) telah berganding bahu untuk menunbuhkan pasukan PETRONAS Sprinta Racing bagi membangunkan lagi masa depan sukan permotoran dua roda di rantau ini. PETRONAS Talent Development Programme (TDP) dan SIC Talent Development Programme (SICTD) telah bekerjasama bagi membantu dalam usaha berterusan untuk memupuk bakat muda. SIC akan…
PETRONAS Sprinta merupakan satu jenama yang telah pun terpahat di minda rakyat Malaysia dan kini mereka bersedia untuk memberikan khidmat yang lebih hebat dengan minyak pelincir terbaru mereka, PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex. Minyak pelincir terbaru dari PETRONAS ini telah direka khusus untuk mengurangkan tahap tekanan pada enjin sewaktu ianya melalui rutin sehariannya. PETRONAS juga turut…
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan sebuah peraduan Pengejar Impian Facebook bermula sekarang sehingga 8 Disember 2017. Tiga warganegara Malaysia yang bertuah dengan kisah penuh inspirasi yang terbaik akan berpeluang untuk memenangi bekalan minyak pelincir Petronas Sprinta dan Primax selama setahun. Kempen peraduan ini telah diadakan sebagai salah satu cara bagi Petronas…
Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ baru menjanjikan untuk mengurangkan tekanan kepada enjin yang boleh menyebabkan bunyi getaran dan juga motosikal terasa lembab dan berat. Teknologi UltraFlex™ dan formula uniknya terdiri daripada molekul adaptif yang lebih bagus untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin motosikal dan melanjutkan hayat enjin. Terdapat sembilan pilihan yang ada bagi…