Category: news
Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengkaji semula harga motosikal mereka. Harga baharu ini sudah pasti menjadikan motosikal Harley lebih menarik. Wakil pengedar rasmi Harley-Davidson juga akan dibuka di Pulau Pinang dan Melaka.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengesahkan harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST. Motosikal baharu mereka kini bermula dari harga RM5,234.00 hingga RM48,801.00. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan sebuah motosikal seperti Yamaha MT-09 2018 yang kini pada harga RM44.473.00.
Honda BigWing Centre di Setapak telah mengeluarkan senarai harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST. Bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi Honda boleh menikmati penjimatan antara RM1,229 hingga RM4,739. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi mana-mana wakil pengedar rasmi Boon Siew Honda di seluruh negara.
Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan senarai harga bagi kereta Volvo di Malaysia dengan kadar GST 0%. Pengumuman ini bersempena dengan arahan penetapan kadar GST pada 0% oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan mula dikuatkuasa pada tarikh 1 Jun 2018. Bukan sekadar harga kereta sahaja yang telah ditetapkan pada GST 0%, harga bagi perkhidmatan penyelenggaraan…
BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi motosikal mereka dengan kadar GST 0%. Penurunan harga ini akan menjadikan harganya jauh lebih menggiurkan dari yang sedia ada. Harga-harga ini adalah harga asas beserta GST 0%, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.
Moto Guzzi Malaysia ingin menceriakan lagi Hari Raya Aidilfitri anda. Mereka telah melancarkan Promosi Hari Raya Moto Guzzi. Promosi ini bermula 21 Mei hingga 17 Julai 2018.
Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga produk mereka dengan GST 0%. Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Pengurangan harga ini menjadikan motosikal-motosikal Moto Guzzi jauh lebih menarik dari sedia kala.
Ducati Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan senarai harga terkini mereka dengan 0% GST untuk ke semua model semasa. Pengurangan bermula dari RM2,881 hingga RM27,672 untuk model-model yang berbeza. Harga baru ini akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 sehingga notis yang seterusnya.