VCM Umumkan Harga GST 0% Bagi Kereta Volvo Di Malaysia

  • Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan senarai harga bagi kereta Volvo di Malaysia dengan kadar GST 0%.
  • Pengumuman ini bersempena dengan arahan penetapan kadar GST pada 0% oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan mula dikuatkuasa pada tarikh 1 Jun 2018.
  • Bukan sekadar harga kereta sahaja yang telah ditetapkan pada GST 0%, harga bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan alat ganti, serta pakej ‘Volvo Service Agreement’ (VSA) juga telah turut dikaji semula

Berikutan pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia yang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditetapkan pada kadar standard 0% bermula dari 1 Jun 2018, Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengemaskini senarai harga rangkaian modelnya bagi mencerminkan langkah fiskal ini:

Model Dengan 6% GST Dengan 0% GST Penjimatan
V40 T4 RM163,888.00 RM154,648.93 RM9,239.07
V40 T5 Inscription RM180,888.00 RM170,686.67 RM10,201.33
S60 T6 RM238,888.00 RM225,403.65 RM13,484.35
XC60 T5 RM298,888.00 RM282,011.00 RM16,877.00
XC60 T8 Twin Engine Inscription RM333,888.00 RM315,029.86 RM18,858.14
XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus RM343,888.00 RM324,463.83 RM19,424.17
S90 T8 Twin Engine Inscription RM368,888.00 RM348,045.16 RM20,842.84
S90 T8 Twin Engine Inscription Plus RM388,888.00 RM366,913.08 RM21,974.92
XC90 T8 Twin Engine Inscription RM403,888.00 RM381,067.60 RM22,820.40
XC90 T8 Twin Engine Inscription Plus RM413,888.00 RM390,501.56 RM23,386.44

*Sila ambil perhatian bahawa harga yang dinyatakan di atas adalah harga atas jalan (pendaftaran persendirian bagi Semenanjung Malaysia) tidak termasuk insurans.

Harga yang dikaji semula ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018 dan akan kekal sehingga notis berikutnya, atau pengumuman dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Kadar GST 0% juga akan digunapakai untuk harga penyelenggaraan dan alat ganti di ke semua wakil pengedar rasmi Volvo Car Malaysia, dan ini termasuklah untuk pembelian ke semua pakej ‘Volvo Service Agreement’ (VSA) seperti yang tertera di bawah:

Pakej VSA  Dengan 6% GST Dengan 0% GST Penjimatan
VSA 3+:
Scheduled Maintenance and
Wear & Tear Parts
RM6,254.00 RM5,900.00 RM354.00
VSA 5+:
Scheduled Maintenance and Wear & Tear Parts
RM9,752.00 RM9,200.00 RM552.00

Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai VSA pada pautan ini : VOLVO Service Contract Plus

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.