JPJ telah menyenarai hitam dan mengeluarkan waran tangkap untuk 39,311 pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman AWAS mereka. 98,850 saman telah dikeluarkan sejak pemasangan 45 kamera AWAS pada bulan September 2018. Pesalah trafik mempunyai 60 hari untuk melunaskan saman mereka atau mereka akan diheret ke mahkamah.
Category: news
Kementerian Kewangan telah membuat usulan pelan subsidi minyak petrol RON95. Ia meliputi motosikal bawah 125cc dan kereta di bawah 1,500cc. Pemilik motosikal yang berkelayakan akan menerima subsidi petrol sebanyak 40 liter manakala pemilik kereta yang layak akan menerima subsidi petrol sebanyak 100 liter.
Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat. Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam. Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.
Penunggang motosikal superbike yang bertindak memukul seorang pekerja Petronas telah didapati bersalah dan didenda sebanyak RM2,000. Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja Petronas pada 6 Oktober 2018. Ianya terjadi kerana pekerja Petronas dengan secara tidak sengaja telah mengisi minyak petrol RON95 dan bukannya RON97.
Ducati bakal melancarkan keseluruhan rangkaian 2019 mereka di Ducati World Premierè 2019. Acara itu dijadualkan berlangsung pada 4 November di Milan (5 November di Malaysia). Pelancaran tersebut akan berlangsung dua hari sebelum permulaan acara pertunjukan motor EICMA.
Ia cukup membimbangkan apabila orang ramai bertanggapan yang semua penunggang motosikal merbahaya. Setiap kemalangan atau insiden berkaitan motosikal akan menjadi bahan gosip hangat. Di sini, salah seorang editor kami telah berjaya merakam tindakan merbahaya beberapa orang pemandu kereta.
Kejohanan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019 akan menampilkan tiga buah perlumbaan pada setiap pusingan. Pihak penganjur akan menambah ‘sprint race’ untuk Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Perlumbaan tambahan ini sudah pasti akan memberikan lebih pendedahan pada siri perlumbaan ini.
Hakim dalam kes kemalangan Nicky Hayden telah menyabitkan pemandu kereta yang telah melanggar Nicky Hayden dengan kesalahan homisid. Pemandu berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun, lesennya ditarik balik dan perlu menanggung kos mahkamah. Keluarga Hayden juga akan meneruskan dengan saman sivil berjumlah $6 juta terhadap pemandu tersebut.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengumum perkembangan rekod jualan kenderaan premium mereka di dalam di negara dimana mereka telah berjaya mengalami peningkatan sebanyak 16%. Dari Januari sehingga September tahun 2018, sebanyak 10,143 unit kenderaan telah dijual kepada pemilik dari permulaan tahun.