Category: Motosikal Retro
Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000. Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya. Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun…
Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.
Motosikal Kawasaki Z900RS serta Z900RS Cafe 2018 bakal membuat kemunculannya pada tahun hadapan. Kedua-dua buah motosikal ini adalah motosikal moden klasik yang sejati. Kemunculannya bakal menggegarkan lagi pasaran.
Tahun 2018 telah menandakan kembalinya motosikal moden klasik Kawasaki dengan pengenalan motosikal Kawasaki Z900 RS dan Z900 RS CAFE RACER. Selepas bertahun lamanya motosikal Kawasaki W900 menjadi satu-satunya pilihan rangkaian ‘Heritage’ mereka, Kawasaki telah muncul dengan dua motosikal moden klasik yang dinanti-nantikan untuk tahun 2018. Kedua-dua motosikal Z900 RS dan Z900 RS CAFE RACER dijangkakan…
Ketika berlangsungnya Pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, Suzuki telah melancarkan satu-satunya motosikal terbaru untuk tahun hadapan iaitu motosikal cafe racer Suzuki SV650X 2018. Diasaskan di atas platform SV650 yang popular, motosikal cafe racer terbaru Suzuki ini telah dilengkapi dengan rupa paras yang baru dengan kemasan cat yang cukup menawan. Motosikal SV650X 2018…
Ingin memiliki motosikal retro yang berkuasa? Kawasaki Z900RS CAFE 2018 boleh membantu anda. Pesaing terbaru dalam kancah motosikal cafe racer dari Kawasaki ini didatangkan dengan rekabentuk serta kemasan grafik yang cantik sekali, yang akan memikat para penggemar motosikal retro dan juga motosikal moden. Enjin empat selari 948cc-nya itu mampu menjana sehingga 110hp dan…