Motosikal Norton Atlas Ranger dan Norton Atlas Nomad telah pun diperkenalkan. Kedua-dua model ini adalah motosikal jenis scrambler yang dijana enjin 650cc. Model Ranger mempunyai kebolehan ‘off-road’ manakala model Nomad pula untuk kegunaan jalan raya.
Category: Motosikal moden klasik
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan rangkaian Brixton BX150 untuk pasaran Malaysia. Brixton Motorycles adalah sebuah jenama milik Austria yang bertumpukan kepada jentera moden klasik berkapasiti rendah. Pada harga yang bermula dari RM8,988 hingga RM9,588,terdapat tiga pilihan yang telah ditawarkan; BX150, BX150X, dan BX150R.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Triumph Bonneville T100 Black adalah sebuah motosikal moden retro yang telah dilegapkan. Kuasa yang lancar dan pengendalian yang mudah dijangka adalah ciri terbaik motosikal ini. Tidak menakutkan, mudah dan seronok untuk ditunggang.
Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.
Rangkaian motosikal Royal Enfield Thunderbird X 2018 baru sahaja dilancarkan di India. Motosikal Thunderbird 350X dan 500X yang baru ini telah direka untuk generasi muda dengan perincian yang dilegapkan serta tangki bahanapi yang berwarna terang. Ditetapkan harganya bermula dari 156,000 INR (RM9,374), tiada lagi berita sama ada model Thunderbird terbaru ini akan disediakan bagi pasaran…
Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.) baru sahaja melancarkan Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 2018. Lapan buah motosikal baru yang terdiri dari model Bobber Black, Speedmaster, dan enam buah varian Tiger 800 kini boleh didapati secara rasmi. Model-model terkini Triumph 2018 ini boleh didapati bermula dari harga RM56,900 hingga RM81,900.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah memperkenalkan motosikal terkini mereka, Kawasaki Z900RS 2018. Tawaran moden klasik terbaru ini dijana oleh enjin empat selari 948cc yang sama seperti motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017. KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS ini pada harga RMM69,900 bagi skema warna Special Edition Orange dan RM67,900 bagi edisi standard berwarna…
Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000. Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya. Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun…