Triumph Motorcycles baru-baru ini telah mendedahkan model prototaip motosikal elektrik mereka, ‘Project TE-1’. Model ini merupakan penanda aras Triumph menuju ke dalam pasaran e-bike, bersaing dengan jenama seperti Zero Motorcycles, Energica, LiveWire, dan juga Harley-Davidson. Dibangunkan sebagai motosikal elektrik, TE-1 mencatatkan berat kira-kira 220 kg dan hadir dengan rekaan ‘sporty’. Triumph dikhabarkan bakal memberi sentuhan…
Category: Motosikal Elektrik
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Saingan sulung kejuaraan MotoE, yang dirancang akan bermula pada Mei ini mungkin terpaksa ditangguhkan apabila 18 jentera motosikal elektrik hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di Litar Jerez, Sepanyol, malam tadi. Kebakaran tersebut tercetus dibahagian garaj sementara yang menempatkan kesemua 18 jentera Energica Eco yang diijadualkan untuk melalui sesi ujian kedua. MotoE – yang dijadualkan…
Erik Buell telah kembali menghasilkan basikal dan motosikal elektrik. Syarikat baharunya itu diberi nama Fuell. Motosikal elektrik itu telah diberi nama “Flow”, manakala nama bagi basikal tersebut adalah “Fluid”.
Kita sudah sedia maklum bahawa model Lightning LS-218 adalah motosikal jalan raya terpantas pada ketika ini. Namun, berapa pantaskah dapat ia mencecah kelajuan tertingginya? Saksikan video ini di mana Lightning Motorcycles telah menguji sebuah LS-218 pada sebuah dyno.
SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia. SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali mengisyaratkan bahawa pengeluaran motosikal Ducati yang pertama sudah hampir tiba. Ianya sebahagian daripada rancangan Kumpulan VW untuk bertukar ke arah kenderaan elektrik menjelang 2030. Kebanyakan negara akan mengharamkan pengeluaran kenderaan petrol dan diesel dalam tempoh satu atau dua dekad.
Harley-Davidson telah menunjukkan minat mereka untuk menerajui segmen motosikal elektrik. Moped dan skuter elektrik mereka kelihatan seperti lakaran konsep yang telah muncul pada tahun lalu. Model-model ini masih dalam peringkat prototaip.
Motosikal elektrik Lightning LS-218 merupakan motosikal pengeluaran terpantas dunia. Ia telah mencecah kelajuan 351km/j di Bonneville Speedweek pada tahun 2010. Ia juga telah berjaya mencatat masa pusingan 20 saat lebih pantas di hadapan Ducati Multistrada 1200 di Pikes Peak International Hill Climb pada tahun 2013.