Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Ducati Panigale V4 SP2 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM299,900. Panigale V4 SP2 merupakan generasi kedua selepas V4 SP yang membuat penampilan sulung pada 2020. Namun, generasi terbaru kali ini tampil lebih ringan di samping telah dinaik taraf dengan komponen dan aksesori unik. Untuk rekod, V4 SP2 masih…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Diavel V4 serba baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM178,900. Bagi memudahkan pembacaan, kami senaraikan lima ciri menonjol tentang Ducati Diavel V4 2023. 1. Enjin Ducati membuat keputusan untuk beralih daripada enjin V-Twin kepada konfigurasi V4 bagi Diavel 2023. Meskipun sudah lama setia dengan platform V-Twin namun disebabkan…
Pasaran motosikal di China semakin sengit ketika ini namun disebalik persaingan itu, beberapa jenama sudah mula menempatkan diri dikalangan jenama terkemuka antaranya CFMOTO, QJMOTOR, Voge dan Zontes. Namun begitu, dalam memastikan barisan model ditawarkan adalah berkualiti dan setaraf jenama Jepun dan Eropah, kebanyakkan model ditawarkan jenama berkenaan adalah lebih mahal. Bagi memastikan pelanggan di China…
Baru-baru ini kami telah pun melaporkan bahawa MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan jenama Voge untuk pasaran tahun depan menerusi Voge 900 DS. Jenama premium milik Loncin itu semakin mencuri tumpuan ekoran membekalkan enjin kepada BMW termasuk bagi model C 400 X, C 400 GT, F 850 GS, F 900 R, F 900 XR…
Baru-baru ini, Yamaha Motor Vietnam telah pun melancarkan Yamaha Exciter 155 VVA 2023. Pelancaran itu turut mencuri perhatian peminat Yamaha di Malaysia ekoran model itu – yang dikenali sebagai Y16ZR di Malaysia – telah dinaik taraf dengan fungsi ABS. Sehubungan itu, kami menjangkakan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan turut memperkenalkan Y16ZR yang dinaik taraf…
Royal Enfield Malaysia dengan rasminya mengumumkan senarai harga bagi barisan model Super Meteor 650 untuk pasaran tempatan. Menurut Royal Enfield, Super Meteor 650 kini boleh dimiliki dengan harga berikut: Super Meteor Single (Astral) – RM37,900 Super Meteor Dual (Interstellar) – RM38,300 Super Meteor Tourer (Celestial – RM39,300 Untuk rekod, Super Meteor 650 merupakan motosikal serba…
Tidak dinafikan nama Kawasaki kembali menjadi sebutan setelah kejayaan memperkenalkan Ninja ZX-25R dan ZX-4RR untuk pasaran global. Kedua-duanya berjaya mencipta revolusi baharu bagi pasaran motosikal berkapasiti kecil sekaligus menjadi petanda aras bagi pengeluar lain. Mendapati terdapat permintaan bagi segmen itu, Honda juga didakwa bakal mengorak langkah sama berdasarkan laporan media Jepun, Young-Machine. Edisi terbaru Young-Machine…
Ducati dengan rasminya melancarkan Multistrada V4 S Grand Tour 2024 untuk pasaran global sekaligus memperkembang tawaran motosikal ‘touring’ daripada keluarga Multistrada. Seperti Multistrada V4 lain, varian V4 S Grand Tour ini juga dikuasakan enjin Granturismo V4 1,158cc yang menawarkan 170hp dan 125Nm. Enjin ini dihasilkan khas untuk pengembaraan jarak jauh ekoran hanya memerlukan servis tukar…
Baru-baru ini KMSB Motors Sdn Bhd telah pun memperkenalkan AFAZ sebuah jenama motosikal tempatan baharu. Menariknya, KMSB Motors juga mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Suzuki Motor Corporation (Jepun) bagi pembangunan motosikal tempatan serba baharu itu. Menurut kenyataan tersebut, Suzuki akan membekalkan enjin dan alat ganti bagi model 110cc hingga 150cc bermula suku pertama 2024. Maklumat…