RASMI: GP Malaysia Dibatalkan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan dukacita mengumumkan pembatalan MotoGP Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Oktober ini. Pembatalan ini juga mengesahkan bahawa tiada pusingan di Asia dijalankan setelah Jepun dan Thailand turut mengambil langkah sama sebelum ini. Bagaimanapun, SIC terus optimis agar MotoGP kembali ke Malaysia bagi musim 2022. Sementara itu, SIC mengucapkan…

10 Kelab Kereta Tempatan Perakui Shell FuelSave 95 Pilihan Utama

Shell FuelSave 95 telah diperakui sebagai bahan api pilihan bagi 10 kelab kereta di Malaysia atas keupayaan memberikan perbatuan ekstra dalam pemanduan harian. Wakil daripada 10 kelab kereta telah pun memperakui sokongan terhadap penggunaan Shell FuelSave 95 menerusi acara yang dijalankan secara atas talian, baru-baru ini. 10 kelab kereta di Malaysia itu terdiri daripada: Proton…

RASMI: Maverick Vinales Sertai Aprilia 2022

Beberapa minggu setelah mencapai persetujuan untuk meninggalkan Yamaha hujung musim ini, Maverick Vinales sah diumukan sebagai pelumba baharu Aprilia bagi musim 2022. Aprilia dalam satu kenyataan menyebut, “Kami berbesar hati mengumumkan selamat datang Maverick Vinales ke pasukan factory Aprilia Racing.” Pengumuman ini bukan lagi satu kejutan tatkala Vinales telah pun dicanang sebagai calon utama pasukan…

FASA 1: 11 Aktiviti Ekonomi Termasuk Cuci Kereta Dibenar Operasi 16 Ogos Ini

Kerajaan bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi kembali beroperasi dalam Fasa 1 bermula 16 Ogos ini. Ekonomi aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut: Kedai cuci kereta Kedai elektrik dan elektronik Kedai barangan rumah dan peralatan dapur Kedai perabot Kedai peralatan sukan Kedai aksesori kereta Pusat pengedaran dan jualan kereta Pasar pagi dan pasar tani Kedai pakaian,…

RASMI: Petronas Tamatkan Kerjasama Dengan SRT

Sepang International Circuit (SIC) dan Petronas telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama selaku penaja utama (title sponsor) Petronas Sepang Racing Team pada hujung musim MotoGP 2021. Perkara itu disahkan menerusi siaran media yang dikongsikan hari ini. Petronas telah pun menjadi penaja utama SIC sejak 2018, menerusi Petronas Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 sebelum…

RASMI: Tiada Lagi Lumba Motosikal Di Pikes Peak

Penganjur Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) telah membuat keputusan untuk menghentikan perlumbaan motosikal, dua tahun selepas kematian Carlin Dunne. Dunne alami kemalangan maut dengan jentera Ducati Streetfighter V4 Prototype ketika hendak sampai ke garisan penamat pada kejohanan 2019. Susulan kejadian itu, pihak PPIHC telah pun menggantung sementara perlumbaan motosikal sebelum menjalankan kajian mendalam dalam…

MotoGP: Vinales Direhatkan Dari GP Austria

Monster Energy Yamaha MotoGP telah membuat keputusan untuk ‘merehatkan’ Maverick Vinales dari menyertai GP Austria hujung minggu ini. Perkara itu disahkan Yamaha dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini. Menurut Yamaha, keputusan itu dibuat setelah data yang dianalisis daripada jentera YZR-M1 mendapati Vinales telah menyebabkan berlakunya kerosakan enjin yang boleh membahayakan dirinya dan orang…

Bosch Hasilkan ABS Motosikal Di Thailand Bermula 2022

Bosch akan memulakan pembuatan anti-lock braking system (ABS) motosikal pada suku kedua 2022 di Thailand. Kilang di Amata City Industrial Estate itu telah pun beroperasi sejak 25 tahun lalu dalam penghasilan komponen kereta termasuk ABS pada 2014. Bagaimanapun, bermula tahun depan, kilang itu akan memulakan pembuatan ABS motosikal selaras dengan pengumuman Jabatan Pengangkutan Darat Thailand…

Masalah Brek, BMW AS Panggil Semula 13,014 Unit Toyota Supra

BMW North America telah memanggil semula Toyota Supra yang dihasilkan dari Februari 2019 hingga Jun 2021. Panggilan semula itu babitkan 13,014 Unit Supra yang dilaporkan berdepan masalah dengan perisian pengurusan enjin (engine management software) yang menyebabkan sistem brek kehilangan kuasa. Senario ini boleh menyebabkan pemandu berdepan kesukaran untuk memberhentikan kenderaan. Menurut laporan, selain daripada Toyota…