Kereta terbang pertama negara, EH216, yang dijadualkan untuk menjalani ujian penerbangan pertama hari ini terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat kelulusan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). CAAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tapak ujian di Hangar UNIKL MIAT Subang berada kurang 200 meter dari laluan penerbangan dan helikopter komersil. Pada masa sama, CAAM turut sedang…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Rancangan untuk mengembara di kota London selepas menunggang ribuan batu dari Kuala Lumpur bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera ditunggang, BMW S 1000 XR hilang di Jalan Tooley, London. Menurut laporan media tempatan, Paul Wong kehilangan jentera terbabit di tempat letak motosikal di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley. BMW S 1000 XR berwarna…
Memandu dalam keadaan mabuk merupakan senario yang membahayakan bagi setiap pengguna jalan raya. Bagaimanapun, saban tahun kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan khayal sering kali berlaku dan baru-baru ini seorang petugas bank – yang baru saja menyambut hari lahir – meninggal dunia susulan dilanggar pemandu mabuk. Tidak hairanlah rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar peraturan dan…
Meskipun Malaysia menghampiri tahun 2020 namun terdapat segelintir daripada kita yang masih mengekalkan mentaliti kelas ketiga. Antara sikap yang sukar ditangani adalah tindakan membuang sampah ke luar kereta sekaligus membuatkan jalan raya di Malaysia dipenuhi sampah sarap. Baru-baru ini pengguna Facebook Azham Aizad berkongsi rakaman video dashcam yang memaparkan penumpang sebuah kereta hitam bertindak membuang…
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama. Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit. Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan…
Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik. Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri. Ketika ini KTM…
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mendedahkan bahawa kereta terbang akan memulakan penerbangan ujian, Khamis ini. Menurut laporan Harian Metro, pihak yang membangunkan projek kereta terbang tersebut meminta agar sesi ujian dijalankan secara tertutup dengan lokasi dan waktu ujian tidak didedahkan kepada umum. “Perincian sesi pandu uji tidak boleh didedahkan bagi menghormati permintaan…
Media tempatan melaporkan Yamaha MT-15 telah dikesan menjalani sesi ujian di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)! Menurut laporan Pandulaju, mereka telah menerima beberapa imej yang dihantar pembaca yang memaparkan sebuah jentera Yamaha yang menyerupai MT-15. Meskipun tiada kepastian sama ada jentera tersebut merujuk kepada MT-15 mahupun MT-25 namun melihat kepada kehadiran penutup radiator dibahagian depan…
Selepas pelbagai nama dicanang akhirnya Repsol Honda membuat keputusan untuk menamakan Alex Marquez selaku pengganti Jorge Lorenzo bagi musim 2020. (Alex) Marquez, juara Moto2 musim ini telah diangkat sebagai pilihan utama berbanding Johann Zarco dan Cal Crutchlow susulan pengumuman persaraan Lorenzo, minggu lalu. Gabungan dua beradik Marquez ini ternyata bakal membawa imej berlainan buat Repsol…