Dua Beradik Marquez Taruhan Repsol Honda Musim 2020

Sumber: Alex Marquez @ Twitter

Selepas pelbagai nama dicanang akhirnya Repsol Honda membuat keputusan untuk menamakan Alex Marquez selaku pengganti Jorge Lorenzo bagi musim 2020.

(Alex) Marquez, juara Moto2 musim ini telah diangkat sebagai pilihan utama berbanding Johann Zarco dan Cal Crutchlow susulan pengumuman persaraan Lorenzo, minggu lalu.

Gabungan dua beradik Marquez ini ternyata bakal membawa imej berlainan buat Repsol Honda musim depan.

Bagaimanapun, (Alex) Marquez dijangka akan berdepan cabaran besar tatkala akan dibandingkan dengan abangnya (Marc) Marquez sepanjang perlumbaan.

Sumber: Alex Marquez @ Twitter

Menurut kenyataan Honda Racing Corporation (HRC), Alex Marquez akan menyertai Repsol Honda dengan kontrak satu tahun.

“Pelumba muda Sepanyol itu akan beralih dari Moto2 ke kelas premier dan akan digandingkan dengan lapan kali juara dunia, Marc Marquez, bagi musim 2020 dan akan menunggang jentera RC213V,” katanya.

Sementara itu, pengesahan (Alex) Marquez sebagai pelumba Repsol Honda bermakna Zarco kini memiliki dua pilihan, kekal di MotoGP dengan menyertai Avintia Ducati atau turutn ke Moto2 dan mengisi kekosongan ditinggalkan (Alex) Marquez di Marc VDS.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]