Kerjasama CFMoto bersama KTM mula membuahkan hasil apabila memperkenalkan 1250RT-G di China International Motorcycle Exhibition (CIMA) 2020 baru-baru ini. Lebih menarik, kurang sebulan model itu diperkenalkan di China, September lalu, kami dimaklumkan bahawa jentera terbabit akan turut dipasarkan di Malaysia! Senario itu lantas menyaksikan segmen motosikal grand tourer menjadi lebih menarik dengan 1250RT-G yang dijangka…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Sembilan kali juara dunia, Valentino Rossi disahkan dijangkiti pandemik Covid-19 dan bakal terlepas aksi di Aragon (minggu ini) dan Teruel. Perkara itu disahkan sendiri pelumba Monster Energy Yamaha itu dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan lewat malam tadi. Menurut Rossi, dia berasa kurang sihat sebaik bangun dari tidur. “Tulang dan badan saya berasa sakit dan…
Proton memaklumkan bahawa seorang kakitangan di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Shah Alam telah didapati positif Covid-19. Menurut kenyataan, pekerja terbabit telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan sejurus selepas keputusan positif itu diketahui. Sehubungan itu, Proton mengambil langkah proaktif dengan mengikut semua garis anduan ditetapkan kerajaan dalam usaha mengurangkan risiko penularan antaranya mengesan aktiviti kontak dari…
Selepas sembilan pusingan musim ini, masih belum ada pelumba yang mampu memaparkan aksi konsisten dalam kelas premier setakat ini. Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Miguel Oliveira, Franco Morbidelli dan terbaru Danilo Petrucci muncul pelumba ketujuh yang merekodkan kemenangan. Meskipun Quartararo berjaya mencipta tiga kemenangan semasa di GP Sepanyol, GP Andalucia dan GP Catalunya, pelumba…
KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya. Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini. Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure. Model tersebut walaupun belum dilancarkan…
Aksi MotoGP kembali hujung minggu ini di GP Perancis yang turut menandakan perlumbaan tiga minggu berturut-turut yang akan disusuli dengan GP Aragon dan GP Teruel. Bagaimanapun, bagi memberi semangat baharu kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, dia akan turut beraksi dengan helmet khas. Helmet SHOEI miliknya kini terpampang gambar kenangan bersama arwah nendanya, Allahyarham Arbaieah…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan penutupan sementera Pusat Servis Yamaha dan Lifestyle Station di Sungai Buloh. Keputusan itu dibuat susulan salah seorang daripada pelatih Motorcycle Education & Training Academy (META) di HLYM didapati positif Covid-19 pada 1 Oktober lalu. Menurut HLYM dalam satu kenyataan, pelatih itu tidak hadirkan diri di META sejak 1 Oktober…
Umum mengetahui Proton X50 semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia dan walaupun tiada harga rasmi didedahkan Proton telah pun menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Bagaimanapun, sambutan memberangsangkan itu turut mengundang pihak ketiga untuk cuba mengaut keuntungan atas angin. Pihak ketiga ini mendakwa diri mereka sebagai ejen Proton atau mempunyai kaitan dengan Proton demi…
Ducati dengan rasminya mengumumkan kilang Borgo Panigale telah pun memulakan pengeluaran bagi Mulitstrada V4. Ducati Multistrada V4 telah pun membuat kemunculan menerusi beberapa imej intipan (spyshot) berlegar di ruangan internet sejak beberapa bulan lalu dengan gambar terbaru memberi gambaran yang lebih jelas. Menariknya, selain daripada dilengkapi enjin V4, Multistrada generasi ke-4 ini muncul motosikal pertama…