Ducati Multistrada V4 Lengkap Dengan Sistem Radar!

Ducati dengan rasminya mengumumkan kilang Borgo Panigale telah pun memulakan pengeluaran bagi Mulitstrada V4.

Ducati Multistrada V4 telah pun membuat kemunculan menerusi beberapa imej intipan (spyshot) berlegar di ruangan internet sejak beberapa bulan lalu dengan gambar terbaru memberi gambaran yang lebih jelas.

Menariknya, selain daripada dilengkapi enjin V4, Multistrada generasi ke-4 ini muncul motosikal pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi radar depan dan belakang.

Sistem baharu ini dijangka akan merevolusikan pengalaman menunggang motosikal menerusi bantuan tunggangan terutamanya sewaktu pengembaraan jarak jauh.

Menurut Ducati, fokus terhadap teknologi ini bermula pada 2016 hasil kerjasam dengan Department of Electronics, Information and Bioengineering Politecnico di Milan, Itali sebelum membangunkan teknologi terbabit bersama Bosch bagi menyerapkan kepada Multistrada V4.

Menariknya, kehadiran teknologi ini tidak akan dirasai tatkala hanya seberat 190 gram sahaja.

Radar dibahagian depan akan berfungsi sebagai mengawal Adaptive Cruise Control (ACC) yang akan mengawal brek, pecutan dan jarak dengan kenderaan depan secara automatik apabila berada dalam kelajuan di antara 30 hingga 160km/j.

Ciri ini yang sebelum ini sinonim dengan kenderaan empat roda kini diterjemahkan kepada sebuah motosikal.

Sementara itu, radar di bahagian belakang bertindak sebagai ‘mata ketiga’ penunggang yang akan ‘melihat’ blind-spot lantas menyalurkan info menerusi sistem Blind Spot Detection (BSD).

Ducati mengumumkan Multistrada V4 ini akan dilancarkan secara rasminya pada 15 Oktober ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]