Juara Kejuaraan SIC MiniGP Musim Pertama, Hakim Danish, bakal membuat penampilan di European Talent Cup (ETC) 2021 pada 13 Jun ini di litar Catalunya. Hakim bakal mewakili Liqui Moly Intact SIC Racing Team bersama rakan sepasukan, Sharul Ezwan. Pelumba berusia 14 tahun itu telah menampilkan prestasi membanggakan di Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) di Qatar…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Aprilia Tuono 660 akhirnya dilancarkan di Malaysia selepas beberapa bulan jentera naked segmen pertengahan itu diperkenalkan secara global, Januari lalu. Tuono 660 meneruskan penggunaan unit parallel-twin sama yang ditawarkan pada RS660 serta model akan datang, Tuareg 660. Tuono 660 ini dilengkapi dengan sistem APRC yang merangkumi ‘IMU-assisted traction control’ dan ‘wheelie control’ seperti yang terdapat…
Skuter popular dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha NMax 2021 tampil dengna dua pilihan warna baharu, Power Grey dan Icon Grey. Meskipun kedua-duanya memfokuskan skema warna kelabu namun masing-masing tampak berbeza. Bagaimanapun, aspek teknikal kekal sama dengan NMax 2021 ini dikuasakan enjin satu silinder 155cc yang menawarkan 15.4PS dan 13.9Nm. Tiada perubahan harga diumumkan…
Aksi MotoGP di Litar Mugello telah dibayangi dengan berita kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier. Pelumba berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia semalam susulan mengalami kecederaan serius ekoran kemalangan ketika sesi kelayakan pada Sabtu. Bagaimanapun, saingan Moto2 dan MotoGP tetap dijalankan yang menyaksikan Fabio Quartararo merekodkan kemenangan ketiga musim ini. Namun, terdapat beberapa pelumba antaranya…
Pelumba Moto3, Jason Dupasquier, disahkan meninggal dunia susulan mengalami kecederaan serius ketika sesi kelayakan. Pemergian pelumba berusia 19 tahun dari Switzerland itu diumumkan sebaik aksi Moto3 di Mugello berakhir, semalam. Dupasquier – yang memasuki musim keduanya di Moto3 – mengalami kemalangan sewaktu di Turn 9 dengan Ayumu Sasaki dan Jeremy Alcoba turut terbabit. Selepas rawatan…
Fabio Quartararo merekodkan kemenangan ketiga musim ini selepas berjaya mengungguli kelas premier di GP Itali. Pelumba factory Yamaha itu yang bermula di petak pertama pada awalnya dipintas pelumba Ducati, Francesco Bagnaia. Bagaimanapun, Bagnaia hilang kawalan lalu terbabas di awal perlumbaan lalu membuka ruang buat Quartararo untuk terus meratah selekoh di Mugello sehingga ke garisan penamat….
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, berjaya menamatkan aksi di dalam kelompok 10 terbaik di GP Itali, hari ini. Meskipun memulakan aksi di petak ke-20 namun pelumba NTS RW Racing itu tidak berputus asa sebaliknya memperbaiki kedudukan sepanjang perlumbaan. Dia kemudiannya berjaya menamatkan aksi di Mugello dikedudukan ke-9 meskipun berpeluang cerah menduduki tempat ke-8 sebelum dipintas…
Marc Marquez telah memohon maaf terhadap Maverick Vinales susulan taktik ‘cucuk angin’ (towing) sewaktu sesi kelayakan Q1, GP Itali, semalam. Pelumba Repsol Honda itu , yang baharu sahaja pulih dari kecederaan menggunakan segala taktik untuk cuba mara ke Q2 di Mugello. Antara taktik yang diguna pakai adalah dengan ‘cucuk angin’ pelumba factory Yamaha, Vinales. Vinales…
Pengurus pasukan Yamaha Factory Racing, Massimo Meregalli, meluahkan rasa tidak puas terhadap pelumba Repsol Honda, Marc Marquez membabitkan senario sewaktu sesi kelayakan Q1, semalam. Meregalli meyifatkan taktik Marquez terhadap Maverick Vinales sebagai tidak adil dan mengharapkan tindakan dikenakan terhadap pelumba itu. “Nampak gayanya Marc Marquez semakin menghampiri prestasi terbaiknya kerana dia sudah mula buat perangai…