Moto3: Nombor #50 Mendiang Jason Dupasquier Direhatkan

Nombor perlumbaan #50 milik Jason Dupasquier akan direhatkan daripada perlumbaan Moto3 dalam satu majlis khas yang akan diadakan Jumaat ini menjelang GP Belanda di Sachsenring. Pelumba berusia 19 tahun itu meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah sewaktu ujian kelayakan di Mugello, bulan lalu. MotoGP kemudiannya mengesahkan pemergian pelumba Switzerland itu di hari perlumbaan GP Itali,…

Litar Lumba Antarabangsa Bakal Dibangunkan Di Batu Kawan

Kerajaan negeri Pulau Pinang bakal membangunkan litar lumba antarabangsa bersebelahan Stadium Batu Kawan. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Pulau Pinang, Soo Lip Chee yang mendedahkan 2.8 hektar tanah telah pun dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan. Menurut Soo, kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan litar lumba yang kondusif dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat…

Benelli 1200GT Dalam Peringkat Pengeluaran, Bakal Masuk Malaysia?

Baru-baru ini, Benelli telah pun merasmikan 1200GT di Beijing Motor Show, setahun selepas mendedahkan motosikal itu sebagai model konsep. Benelli 1200GT ini merupakan jentera bersesaran 1,279cc tiga silinder yang merupakan enjin terbesar dan berkuasa pernah dihasilkan syarikat itu yang menawarkan 134hp pada 9,000rpm dan 119Nm pada 6,500rpm. Menariknya, ketika pelancaran tersebut, Benelli – yang merupakan…

MotoGP: Red Bull Ring Terima Kemasukan Penonton 100 Peratus, SIC Bakal Terlepas Penganjuran 2021?

Dorna Sport mengesahkan bahawa GP Styria dan GP Austria yang berlangsung di Litar Red Bull Ring, dibenarkan menerima kunjungan penonton 100 peratus, Ogos ini. Senario ini dibenarkan selepas kerajaan Austria membatalkan sebarang sekatan terhadap mana-mana acara sukan bermula musim panas ini. Ini sekaligus menyaksikan Red Bull Ring akan membuka pintunya kepada peminat MotoGP yang telah…

CEV2021: Damok Menang Perlumbaan 1, Adam Raikan Hari Lahir Dengan Tempat Ke-4

Lagu negaraku berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol selepas pelumba negara, Syarifuddin Azman @ Damok, berjaya merekodkan kemenangan di Race 1 Kejuaraan CEV Repsol 2021 kategori Moto3. Pelumba SIC Racing itu berjaya mengetepikan cabaran David Munoz Rodriguez (Avatel-Cardoso Racing) dan Jose Antonio Rueda (Estrella Galicia) untuk menamatkan Race 1 dengan cemerlang. Bagaimanapun, Damok tidak dapat meneruskan…

MV Agusta Bakal Lancar Motosikal 550cc Dalam Tempoh 28 Bulan

Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta, semakin meningkat naik dibawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Timur Sardarov. Sardarov, yang sebelum ini merupakan antara pelabur syarikat Itali itu, mengambil alih sepenuhnya MV Agusta pada 2019. Sejak pengambilalihan itu, fokus MV Agusta adalah kembali menyusun struktur syarikat dan mula menangani isu kebolehpercayaan serta memperbaiki pengalaman pemilikan pelanggan. “Antara…

CubPrix: Ammeer Dhiyaulhaq Skor 9A SPM 2020

Pelumba Malaysian Cub Prix 2021, Ammeer Dhiyaulhaq telah berjaya merekodkan keputusan cemerlang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Ammeer yang beraksi bersama pasukan KS Motor Racing dalam kategori Yamaha Petronas Super Series (YPSS) telah memperolehi keputusan 9A. Kejayaan itu turut menyaksikan Ammeer muncul sebagai pelajar cemerlang peringkat negeri Perak. Sementara itu, Ameer ketika ini menghuni…

Jualan Kawasaki ZX-25R Di Indonesia Cecah 4,000 Unit, Empat Warna Baharu Dilancarkan

Kawasaki mencuri tumpuan sebaik melancarkan ZX-25R di Indonesia sekitar Julai tahun lalu. Hampir setahun kemudian, populariti motosikal sportsbike segmen 250cc itu terus meningkat naik dan hasilnya mengatasi sasaran 2,000 unit yang ditetapkan. Menerusi pelancaran empat pilihan warna baharu semalam, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mendedahkan jualan ZX-25R telah pun melebihi 4,000 unit setakat ini, lebih dua…

Honda Sedang Bangunkan Sistem “Clutch-By-Wire”

Dalam laporan terbaru, pengeluar motosikal Jepun, Honda dikhabarkan sedang giat membangunkan sistem klac dengan bantuan elektronik. Sistem baharu itu seakan mirip konsep yang diguna pakai sistem throttle-by-wire yang merupakan antara ciri utama yang terdapat pada motosikal berkuasa tinggi ketika ini. Honda ketika ini menawarkan sistem kabel, hidraulik dan DCT (dual-clutch transmission) pada beberapa model motosikal…