Remy Gardner telah pun diangkat sebagai juara dunia Moto2 bagi musim 2021 dengan kelebihan empat mata dihadapan rakan sepasukan, Raul Fernandez. Bagaimanapun, ketika pusingan akhir di Valencia menyaksikan Gardner disahkan sebagai juara, Fernandez mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu pihak media bahawa Gardner mendapat bantuan istimewa daripada KTM Ajo Moto2 untuk muncul juara. Gardner kemudiannya menyelar…
Category: MotoGP 2021
KTM telah pun mengesahkan bahawa bekas ketua kru Maverick Vinales, Esteban Garcia, telah menyertai Tech3 dan akan menggalas tugas selaku pengarah teknikal. Garcia telah pun meninggalkan Vinales dan Yamaha pada Jun lalu dengan tempatnya digantikan Silvano Galbusera, yang merupakan bekas ketua kru Valentino Rossi. Sewaktu Garcia digantikan, Vinales akui tidak gembira dengan keputusan tersebut, sebelum…
Francesco Bagnaia meneruskan kejayaan di GP Aragon minggu lalu untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut di Misano, pada Ahad. Pelumba Ducati itu yang memulakan perlumbaan di petak pertama selepas melakar catatan masa terpantas, berjaya menjarakkan diri di Turn 1 seawal perlumbaan dimulakan. Bagnaia yang seakan kelihatan selesa didepan kemudiannya mula dikejar pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo ketika…
Yamaha telah buat keputusan untuk menamatkan kontrak Maverick Vinale berkuatkuasa serta merta. Keputusan bersama itu dicapai susulan penggantungan Vinales daripada GP Austria minggu lalu. Sebelum ini, Vinales digantung ekoran tindakannya dengan sengaja merosakkan enjin jentera M1 ketika di lap akhir GP Styria di Red Bull Ring. Vinales kemudiannya membuat permohonan maaf atas tindakannya yang disifatkan…
Baru-baru ini, berlaku kejutan melibatkan pasukan Sepang Racing Team (SRT) apabila Petronas mengumumkan pengunduran selaku penaja utama (title sponsor). Perkara itu kemudiannya disahkan pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kenyataan media. Kami kemudiannya berpeluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mengenai kedudukan SIC bersama SRT, semalam. Menurut Azhan, kerjasama di antara…
Yamaha telah mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk menggantung Maverick Vinales daripada menyertai perlumbaan GP Austria yang berlangsung hujung minggu ini. Keputusan itu dibuat setelah Yamaha dapati terdapat tindakan diluar kebiasaan sewaktu Vinales mengendalikan jentera factory M1 di GP Styria, minggu lalu. Rakan sepasukan, Fabio Quartararo, enggan mengulas lanjut mengenai situasi Yamaha-Vinales sebaliknya berpendapat…
Maverick Vinales akhirnya mendedahkan disebalik keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama Yamaha meskipun masih berbaki semusim. Jelas pelumba Sepanyol itu, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor. “Saya yang membuat keputusan untuk tidak teruskan lagi,jadi tak logik untuk saya teruskan. “Bagi saya tak masuk akal, tanpa sebarang solusi dan penjelasan, bagaimana saya nak perbaiki…
KTM telah pun mengumumkan perpindahan Raul Fernandez ke kelas MotoGP bersama Tech3 musim depan, Sabtu lalu. Pengumuman tersebut dibuat sewaktu sesi FP4 (Ujian Bebas) GP Styria sedang berlangsung. Keputusan itu menyaksikan Fernandez bakal sertai rakan sepasukan KTM Ajo, Remy Gardner di Tech3 dibawah kendalian Herve Poncharal. Bagaimanapun, senario itu mencetus kontroversi apabila KTM tidak memaklumkan…
Raul Fernandez akan beraksi di MotoGP musim depan setelah disahkan menyertai Tech3 KTM. Pelumba muda Sepanyol itu akan digandingkan bersama rakan sepasukan Moto2, Remy Gardner, yang terlebih awal mengesahkan tempat bersama Tech3 sebelum ini. Berita mengenai perpindahan Fernandez ke Tech3 KTM telah diumumkan sewaktu sesi FP4 (Ujian Bebas 4) di GP Styria sedang berjalan pada…