Gosip MotoGP terbaru yang tengah panas membara telah mengandaikan yang Suzuki berminat untuk mendapatkan khidmat Jorge Lorenzo bagi tahun 2019. Dengan tahap kesabaran mereka yang semakin menipis untuk Andrea Iannone, pencarian untuk penunggang yang sesuai bagi jentera Suzuki GSX-RR telah pun bermula. Lorenzo pada ketika ini menghadapi kesukaran di atas jentera Ducati Desmosedici GP18, hanya…
Category: MotoGP 2019
Pusingan MotoGP Qatar menyaksikan satu perlumbaan yang amat menarik sekali beserta dengan desas-desus yang mengatakan Johann Zarco mungkin akan berpindah ke pasukan Repsol Honda pada tahun hadapan. Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 itu menduduki Petak Pertama dan mendahului majoriti perlumbaan sebelam jatuh ke tempat ke-lapan akibat masalah tayar. Khabar angin telah mengandaikan yang Zarco…
Ke semua 11 pasukan telah pun mengesahkan diri bagi menyertai siri perlumbaan MotoE World Cup 2019 sewaktu pusingan MotoGP Qatar semalam. Wakil dari pasukan Tech3, LCR, Marc VDS, Pramac Racing, Angel Nieto, Reale Avintia, dan Gresini telah bertemu untuk satu taklimat semalam. Sky Racing VR46, Pons Racing, Dynavolt Intact GP, dan SIC Squadra Corse dari…
KTM telah mengumumkan satu usahasama yang baru mereka bentuk bersama dengan pasukan Tech3 bagi MotoGP musim 2019. Selepas menjalani satu musim yang cukup memberangsangkan pada tahun 2017, pengeluar dari Austria tersebut telah bersedia untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit di atas grid perlumbaan. Empat buah jentera perlumbaan KTM RC16 akan bersaing serentak bermula tahun 2019.
Suzuki telah merancang untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit Suzuki dalam siri MotoGP bagi musim 2019. Pelan mereka bagi 2019 adalah untuk menempatkan empat buah jentera Suzuki GSX-RR MotoGP di atas grid bagi mempercepatkan proses pembangunan dan kutipan data. Pasukan persendirian seperti Tech3, Angel Nieto Team, Marc VDS dan Reale Avintia Racing bakal menukar jentera mereka…
Motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini tampak sudah bersedia untuk musim 2019. Moto2 musim 2019 bakal menyaksikan penggunaan enjin tiga silinder 765cc serba baru keluaran Triumph. Kalex telah pun mengambil langkah bagi menarik minat kebanyakan pelanggannya bagi menggunakan casis mereka untuk tahun 2019.
Tech3 tidak akan terus kekal sebagai pasukan satelit Yamaha pada tahun 2019. Ketua pasukan, Herve Poncharal, mengatakan bahawa dia telah diberikan satu tawaran yang istimewa. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan.
Penunggang Moto2, Francesco Bagnaia, telah menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan pasukan Pramac Ducati MotoGP. Penunggang dari Itali berusia 21 tahun itu akan merealisasikan impian MotoGPnya pada tahun 2019 dan 2020 di atas jentera Ducati. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Bagnaia dan pasukan SkyVR46 Racing di laman Twitter.
Motosikal lumba elektrik MotoE World Cup 2019 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Enel telah diumumkan sebagai penaja rasmi bagi siri perlumbaan motosikal eletrik satu buatan ini. Motosikal superbike elektrik perlumbaan Energica Ego ini mampu menghasilkan 147hp dan 200Nm tork maksimum.