Cal Crutchlow dan HJC Helmets akan bekerjasama bagi MotoGP musim 2019 hingga 2020. HJC berharap yang penunggang berkenaan akan menyumbang terhadap pembangunan produk mereka. HJC Helmets adalah pengeluar helmet terkemuka yang berasal dari Korea Selatan.
Category: MotoGP 2019
Aprilia Racing telah mendapatkan khidmat pengarah sukan Ferrari F1, Massimo Rivola, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pengurus yang sedia ada, Romano Albesiano, akan menumpukan perhatian ke arah aspek teknikal perlumbaan sebagai Pengarah Teknikal. Rivola telah berada dalam F1 selama 21 tahun dan telah bekerjasama dengan Sebastian Vettel dan Fernando Alonso.
Para penunggang Moto2 telah pun menguji enjin Moto2 Triumph 2019. Para pasukan Moto2 kemudiannya akan membina kerangka motosikal untuk enjin ini. Namun, berapa banyak kuasa kuda yang boleh dihasilkan oleh enjin perlumbaan ini?
Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.
Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal. Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.
Romano Fenati akan bertanding pada tahun 2019 dalam kategori Moto3. Pasukannya sebelum ini, Marinelli Snipers Team telah menandatangani kontrak bersamanya semula. Fenati telah menimbulkan kekecohan apabila dia telah mencengkam tuil brek hadapan pesaingnya sewaktu pusingan MotoGP San Marino 2018.
Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018. Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut. Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang…
Honda berharap yang Jorge Lorenzo akan mendedahkan kelebihan jentera Ducati Desmosedici GP18. Penunggang kelahiran Sepanyol itu akan menyertai Honda dari Ducati pada tahun 2019. Honda berharap dapat bekerjasama dengan Lorenzo bagi menambah kestabilan pada jentera RC213V.
Triumph telah menyerahkan enjin-enjin Moto2 kepada rakan kerja teknikal mereka sewaktu hujung minggu GP Aragon yang lalu. Rakan kerja teknikal mereka, ExternPro, akan membina dan menyelenggara enjin-enjin tersebut sepanjang musim. Penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa pembangunan dan bermulanya era baharu Moto2.