Jentera perlumbaan Moto2 MV Agusta F2 telah diperkenalkan semalam. Ianya akan menggunakan casis MV Agusta bersama dengan enjin Moto2 Triumph. Penunggangnya terdiri daripada Stefano Manzi dan Dominique Aegerter, setelah pemecatan Romano Fenati.
Category: Moto2
Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Team bagi kelas Moto3 dan Moto2 telah menjalankan ujian pra musim persendirian mereka. Ujian ini telah mengambil tempat di litar halaman pasukan berkenaan, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. Ujian ini telah diadakan sebelum bermulanya ujian pra musim Moto3 dan Moto2 rasmi di Jerez.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP. Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020. Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya…
Telah berlaku begitu banyak kemalangan dalam setiap hujung minggu perlumbaan dalam musim 2018. Marc Marquez ternyata penunggang yang paling kerap terbabas dalam kelas perlumbaan MotoGP. Namun, yang paling kerap terbabas dalam ketiga-tiga kelas perlumbaan adalah Stefano Manzi.
Para penunggang Moto2 telah pun menguji enjin Moto2 Triumph 2019. Para pasukan Moto2 kemudiannya akan membina kerangka motosikal untuk enjin ini. Namun, berapa banyak kuasa kuda yang boleh dihasilkan oleh enjin perlumbaan ini?
Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.
Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal. Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.
Romano Fenati akan bertanding pada tahun 2019 dalam kategori Moto3. Pasukannya sebelum ini, Marinelli Snipers Team telah menandatangani kontrak bersamanya semula. Fenati telah menimbulkan kekecohan apabila dia telah mencengkam tuil brek hadapan pesaingnya sewaktu pusingan MotoGP San Marino 2018.
Pusingan Moto2 2018 di Australia menyaksikan Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) berjaya merangkul kemenangannya yang ketiga pada musim ini. Joan Mir (EG 0,0 Marc VDS) dan Xavi Vierge (Dynavolt Intact GP) melintasi garisan penamat di tempat yang ke-dua dan ke-tiga. Persaingan untuk merebut takhta kejohanan Moto2 akan diteruskan di Sepang di antara Francesco Bagnaia…