Moto Guzzi telah memperkenalkan motosikal konsep, V85, sewaktu EICMA 2017. Motosikal V85 datang dalam bentuk sebuah motosikal dwi-sukan. Fail paten buat motosikal terebut telah didedahkan di atas talian.
Category: Moto Guzzi
Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.
Bergelar Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride, Moto Guzzi Malaysia telah menganjurkan satu konvoi ke Pulau Pinang. Bulan Ramadan ini tidak menghalang para penunggang Moto Guzzi untuk menyertai tunggangan ini. Ianya satu konvoi yang menyeronokkan di mana para penunggang dapat menikmati kehebatan jentera mereka dalam pelbagai situasi yang berbeza.
Moto Guzzi Malaysia ingin menceriakan lagi Hari Raya Aidilfitri anda. Mereka telah melancarkan Promosi Hari Raya Moto Guzzi. Promosi ini bermula 21 Mei hingga 17 Julai 2018.
Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga produk mereka dengan GST 0%. Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Pengurangan harga ini menjadikan motosikal-motosikal Moto Guzzi jauh lebih menarik dari sedia kala.
Moto Guzzi Malaysia ingin menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik untuk penggunanya. Bengkel mereka yang lengkap dengan peralatan kini sudah beroperasi sepenuhnya. ‘Sifu’ perkhidmatan selepas jualan yang cukup terkenal, Idon Pang, akan menyertai bengkel berkenaan sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan.
Pusat wakil selepas jualan rasmi Moto Guzzi Malaysia, GB Workshop, sedang menjalankan Kempen Perkhidmatan Penyelenggaraan bersempena dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Ke semua Moto Guzzi dan jenama di bawah Piaggio dialu-alukan untuk menyertai. Kempen ini akan diadakan dari 16 Mei hingga 17 Julai 2018.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).