Kempen Perkhidmatan Penyelenggaraan GB Workshop

  • Pusat wakil selepas jualan rasmi Moto Guzzi Malaysia, GB Workshop, sedang menjalankan Kempen Perkhidmatan Penyelenggaraan bersempena dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
  • Ke semua Moto Guzzi dan jenama di bawah Piaggio dialu-alukan untuk menyertai.
  • Kempen ini akan diadakan dari 16 Mei hingga 17 Julai 2018.

Pusat perkhidmatan penyelenggaran rasmi Moto Guzzi Malaysia, GB Workshop, telah melancarkan satu kempen perkhidmatan penyelenggaraan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulai dan bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Kempen ini diadakan bagi memastikan motosikal keluaran Moto Guzzi, Aprilia, dan Vespa anda berada dalam keadaan yang terbaik sebelum anda menuju pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Kempen perkhidmatan penyelenggaraan ini akan berlangsung dari 16 Mei hingga 17 Julai 2018.

Kempen Perkhidmatan Penyelenggaraan GB Workshop ini meliputi:

  • Pemeriksaan keselamatan berbilang mata yang dikhususkan mengikut model dan mengikut keperluan penunggangan anda.
  • Penapis udara percuma untuk model terpilih apabila anda menyelenggara Moto Guzzi anda, sementara stok masih ada.
  • Tawaran 15% untuk aksesori dan kelengkapan pilihan.

GB Workshop telah dilengkapi dengan kelengkapan ‘Piaggio Advanced Diagnosis System’ (PADS) terkini, beserta dengan peralatan khas yang perlu ada dalam menyelenggara sebuah jentera Moto Guzzi. Kakitangannya terdiri daripada professional terlatih yang berpengalaman mengendalikan jentera di bawah jenama ini. Ini semua bagi memberikan ketenangan minda buat para pemilik sewaktu mereka menunggang motosikal Moto Guzzi kesayangan mereka pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Puasa.

Untuk memastikan sama ada penapis udara atan sebarang kelengkapan dan aksesorinya telah tersedia, sila kunjungi GB Workshop (rujuk peta di bawah). Anda juga boleh menghubungi bengkel berkenaan di talian 03-7932 1229 atau 018-962 1229 untuk mendapatkan maklumat lanjut mahu pun membuat temu janji.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply