ads

Konvoi Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride

  • Bergelar Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride, Moto Guzzi Malaysia telah menganjurkan satu konvoi ke Pulau Pinang.
  • Bulan Ramadan ini tidak menghalang para penunggang Moto Guzzi untuk menyertai tunggangan ini.
  • Ianya satu konvoi yang menyeronokkan di mana para penunggang dapat menikmati kehebatan jentera mereka dalam pelbagai situasi yang berbeza.

Seperti yang sudah diketahui oleh ramai, bulan Ramadan yang penuh mulia ini adalah bulan di mana para penganut agama Islam melakukan ibadat Puasa. Namun, ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ramadan adalah bulan ke-sembilan dalam kalendar Hijrah, dan merupakan bulan diturunkan kitab suci Al-Quran. Berpuasa adalah salah satu daripada Lima Rukun Islam dan merupakan bulan untuk melakukan amal ibadah, kebajikan, pembaikan, dan muhasabah diri. Umat Islam digalakkan untuk mempertingkatkan usaha mereka bagi mendalami agama Islam.

Ia juga masa bagi menguji kecekalan umat Islam dalam melawan godaan.

Dan atas sebab inilah Moto Guzzi Malaysia telah memutuskan untuk menganjurkan satu tunggangan istimewa pada 1 Jun 2018. Bergelar Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride, ianya dirancang sebagai satu konvoi berbuka puasa meliputi dua malam.


Hala tuju mereka buat kali ini adalah Pulau Pinang. Seperti biasa, para peserta telah berkumpul di The Gasket Alley untuk satu majlis berbuka puasa sebelum menunggang ke arah utara pada sebelah malamnya. Jeya Thevan bertindak sebagai ketua marsyal untuk kali ini, dan dengan itu telah melakukan satu taklimat sebelum permulaan konvoi.

Menunggang di sebelah malam sewaktu bulan Ramadan ini lebih digemari kerana kita tidak perlu menghadapi terik matahari sewaktu siang. Kumpulan 12 penunggang ini menunggang dalam formasi yang ketat dari titik mula lagi.

Cuaca mulai berubah sebaik sahaja kami melepasi Rawang, dengan hujan yang turun, menyejukkan lagi suhu persekitaran. Sekurang-kurangnya kami tidak perlu berdepan dengan haba yang boleh menyebabkan mengantuk.

Kami berhenti untuk isian semula di R&R Tapah dan meneruskan kembali perjalanan, di bawah taburan hujan, sehinggalah ke hentian yang berikutnya di Sungai Perak. Konvoi ini adalah sebuah tunggangan yang santai, jadi kami telah mengambil masa menikmati udara sejuk yang segar dialun dengan deruan enjin 90 darjah V-Twin Moto Guzzi

Dari situ kami telah meneruskan perjalan terus ke Pulau Pinang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (jambatan baru). Masa menunjukkan jam 2.30 pagi sewaktu kami tiba di plaza tol dan keadaannya lenggang sekali . Sebagai peringatan buat para penunggang motosikal, terdapat sebuah laluan motosikal sewaktu anda memasuki susur keluar jambatan dan ianya akan menghala ke tol plaza sehingga ke Pulau Pinang. Bagaimana pun, pastikan anda mempunyai kad Touch ‘N’ Go bersama anda, terutamanya di sebelah malam kerana kaunternya ditutup. Bayangkan sekiranya anda perlu patah balik untuk mengambil kad anda atau perlu menambah semula jumlah dalam IC anda di Juru.

Kami tiba di Vouk Hotel Suites di Jalan Azlan Shah pada jam tiga pagi.

Kami telah ambil masa kami untuk tiba di sana. Lagi pun, mengapa perlu tergesa-gesa? Barangkali ianya lebih memenatkan jika kami memecut laju ke sana.

Kami telah diberikan masa untuk beristirehat seketika sebelum keluar semula menuju Nasi Kandar Line Clear untuk sahur.

Kumpulan ini telah diberikan masa bebas sehingga masa untuk mendaftar keluar pada pukul satu petang, namun kami tidak pasti sama ada ada yang mengambil waktu itu untuk bersiar-siar di sekeliling Pulau Pinang.

Dari hotel tersebut, kami telah menuju ke Sheng Fatt Motor, wakil pengedar rasmi Moto Guzzi di Pulau Pinang, yang terletak di Jalan Dato’ Keramat. Wakil pengedar ini menawarkan layanan mesra terbaik yang sinonim dengan Pulau Pinang, di mana ahli kru mereka turut membantu kami memarkir motosikal kami. Nampaknya pemilik Moto Guzzi kini ada tempat yang boleh mereka tuju ketika berada di utara.

Encik Sheng, pemilik Sheng Fatt telah mengaturkan bagi krunya untuk memimpin kami ke Fort Cornwallis untuk sesi bergambar berkumpulan. Motosikal Guzzi tampak hebat sekali dengan latar belakang berkenaan.

Kemudiannya, kru Sheng Fatt telah mengetuai kami menuju ke Jambatan Pulau Pinang yang pertama dan ke Harley-Davidson Pulau Pinang di Juru Autocity. Wakil pengedar ini telah beroperasi sepenuhnya untuk jualan dan selepas jualan.

Kami mengucapkan selamat tinggal dan kembali meneruskan perjalanan pulang, menuju hentian pertama kami di Sungai Perak. Cuacanya kekal cerah dan panas sepanjang jalan sehingga ke hentian R&R berkenaan sebelum ianya mulai mendung. Perubahan tersebut telah menyejukkan udara dan jalan raya.

Walaupun kebanyakan daripada penunggang telah berpuasa, tiada seorang pun di antara mereka menunjukkan tanda-tanda penat. Mereka semua kekal tersenyum dan bergelak tawa sesama mereka.

Kami kemudiannya menuju ke Restoran Food Projects di Ipoh untuk berbuka puasa. Kami tiba lebih awal daripada yang dijadualkan dan itu membolehkan kami untuk berehat seketika. Kami terus bersantai setelah menjamu selera sebelum memulakan kembali perjalanan kami, menuju ke hentian berikutnya di R&R Tanjung Malim.

Beberapa orang penunggang telah mengambil haluan sendiri dari R&R tersebut kerana mereka tidak perlu menunggang sehingga ke Moto Guzzi Malaysia untuk tiba ke destinasi masing-masing. Tiada satu pun motosikal Moto Guzzi yang rosak atau pun menghadapi sebarang masalah yang serius sewaktu konvoi ini. Dan yang lebih penting lagi, ke semua mereka selamat sampai ke destinasi masing-masing tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Secara keseluruhan, ianya satu tunggangan yang menyeronokkan. Namun, kami tidak sempat melawat mana-mana tempat bersejarah di Pulau Pinang kerana ianya tidak praktikal untuk dilakukan sewaktu berpuasa, dan kemudiannya meneruskan perjalanan selepas itu. Moto Guzzi Malaysia telah menjanjikan satu tunggangan bagi melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang pada masa yang akan datang, jadi teruskan mengikuti perkembangannya nanti!

GALERI GAMBAR

Leave a Reply