Distinguished Gentleman’s Ride meliputi motosikal moden retro seperti motosikal Moto Guzzi. Motosikal Moto Guzzi V7 III Carbon dan V7 III Rough telah dilancarkan sejurus sebelum acara tahun ini. Para penunggang juga boleh mendapatkan pakaian segak dari Tiga Supply Co. dan Stronghold Cycles untuk acara DGR.
Category: Moto Guzzi
Sebelum ini, kami telah mempratontonkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018. DIDI Resources Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal berkenaan di Malaysia. Harga bermula dari RM69,900 bagi unit pengenalan dan RM75,000 untuk unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Model Moto Guzzi V85 TT akan menggantikan model Stelvio 1200 yang dibatalkan pengeluarannya. Gambar-gambar versi yang akan dikilangkan ini menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya itu. Motosikal V85 TT versi pengeluaran pasti akan membuat kemunculan sewaktu pertunjukan EICMA pada bulan November akan datang.
Moto Guzzi V7 III Rough 2018 adalah varian scrambler bagi pengeluar dari Itali berkenaan. Dibina atas platform V7 III, model Rough ini mempunyai keupayaan ‘off-road’ terhad. Selain daripada tayar dan beberapa buah reka bentuk yang berlainan, model Rough ini secara asasnya tidak begitu berbeza dengan model V7 III yang lain.
Moto Guzzi Audace Carbon 2018 melambangkan sisi “budak jahat” rangkaian pengeluar berkenaan. Ia dihasilkan sebagai sebuah motosikal power cruiser, lengkap dengan pelbagai perincian yang menawan. Harganya bermula dari RM123,000 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).
Sesi hari litar Modclass Speedway yang pertama telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Kira-kira 20 orang pemilik motosikal moden klasik telah mengemudi jentera mereka untuk menikmati keseronokan di atas litar. Acara Modclass Speedway ini adalah anjuran Tiga Moto dan disokong oleh Moto Guzzi Malaysia.
Didi Resources, pengedar rasmi bagi jenama Aprilia dan Moto Guzzi, dan juga beberapa jenama yang lain, akan menganjurkan satu hari litar pada 9 September 2018. Akan ada dua kategori yang akan disediakan, satu untuk motosikal Aprilia dan satu lagi untuk motosikal moden klasik dalam kategori “Modclass”. Anda boleh menyewa sut perlumbaan di litar, namun, anda…