Anda bukan tersalah baca mahupun mengagak angka tersebut merupakan satu kesilapan sebaliknya itulah harga yang diperkenalkan kepada orang ramai oleh pihak Moto Guzzi Malaysia menerusi Didi Resources dalam majlis pelancaran model MGX-21 yang berlangsung di Gasket Alley, hari ini. Model MGX-21 merupakan jentera paling futuristik dan canggih pernah dihasilkan Moto Guzzi. Menampilkan reka bentuk motosikal…
Category: Moto Guzzi
Moto Guzzi Malaysia telah membina motosikal Moto Guzzi V9 Roamer Custom bagi menyerlahkan kebolehan pengubahsuaian motosikal berkenaan. Pengubahsuaian tersebut tidak mencacatkan tahap kebolehtunggangan dan jiwa model V9 Roamer itu. Sebaliknya, ia meningkatkan lagi perwatakan dan daya tarikan motosikal ini.
Pesta Motosikal Utara 2019 telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baru Cina. Acara ini akan diadakan di Ipoh dan Langkawi pada dua hujung minggu berlainan. Acara-acara ini akan dianjurkan oleh Goh Brothers dan Sheng Fatt Motor.
Welly World Cycle atau lebih dikenali sebagai Welly Sungai Buloh cukup dikenali ramai atas perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan mereka bagi beberapa buah jenama motosikal. Welly Sungai Buloh merupakan wakil pengedar rasmi untuk Ducati dan KTM Motorcycles, serta beberapa buah jenama yang lain. Mengembangkan lagi portfolionya, Welly Sungai Buloh kini merupakan wakil pengedar rasmi…
Harga bagi model Moto Guzzi V85 TT 2019 bagi pasaran Amerika Syarikat telah pun didedahkan. Motosikal V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri bagi menyaingi model yang lain dalam kategorinya. Ianya ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan berbanding dengan para pesaingnya.
Moto Guzzi V9 Bobber Sport telah diperkenalkan di acara Intermot 2018. Ianya merupakan versi V9 Bobber yang lebih sporty. Model ini didatangkan dengan penyerap hentakan Öhlins dan pengemaskinian gaya.
Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan model V85 TT di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal ini menggunakan enjin 850cc yang baharu. Moto Guzzi juga turut memperkenalkan motosikal ini dalam kemasan warna yang baharu.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.