Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya. Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.
Category: RC16 MotoGP
Jentera perlumbaan KTM RC16 menggunakan kerangka keluli trellis dan suspensi WP. Ini berbeza berbanding dengan spar aluminium dan suspensi Öhlins yang menjadi pilihan pasukan MotoGP yang lain. Apabila ditanya sama ada mereka akan menukarkan kelengkapan dan bahagian tersebut, ketua pasukan KTM menidakkannya.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula. Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC. Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.
KTM akan menjual jentera perlumbaan RC16 MotoGP mereka yang terdahulu. Pemilik baharu jentera berkenaan akan turut menerima pelbagai hadiah menarik. Hanya dua buah jentera yang akan dijual pada harga €250,000 setiap satu.
Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.