Pusingan pertama bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan bermula pada 21 April 2018 di Sungai Petani, Kedah. Hadiah bernilai sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada para peserta yang bersaing dalam lima kategori yang berbeza. Ke semua dijemput hadir ke litar ‘KTM Off-Road Track’ yang baru siap dibina (bersebelahan Amanjaya Mall) untuk satu hari…
Category: KTM
Artikel oleh: Sep Irran Model KTM RC 390 2017 telah diperkenalkan pada bulan Oktober tahun lalu bersama dengan model KTM RC 250 2017. Pelbagai kemaskini telah diterapkan pada motosikal ini, di antara adalah ‘Ride-by-Wire’, klac ‘slipper’, dan casis. Ditetapkan pada harga RM29,800 (harga asas beserta GST), motosikal KTM RC 390 2017 ini sudah pasti merupakan…
Ada khabar angin yang telah tersebar mengatakan bahawa motosikal KTM 790 Duke 2018 bakal membuat kemunculannya di Malaysia. Pengedar telah pun mula menerima tempahan untuk motosikal tersebut, yang mana ianya telah dikatakan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa beberapa bulan. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kami dapat mengesahkan yang motosikal 790 Duke ini akan disediakan…
Motosikal KTM 250 Duke 2017 telah dilancarkan sekitar bulan September 2017 bersama dengan motosikal KTM 390 Duke. Segala-galanya dari saiz, brek, dan suspensi mirip dengan motosikal 390 Duke. Ditetapkan pada harga RM21,730 (harga asas beserta GST), model 250 Duke ini sama lincah dan seronok seperti saudaranya yang lebih besar, 390.
KTM MY RIDE telah memperkenalkan kemaskini navigasi serba baru bagi model 2017 mereka yang dilengkapi dengan skrin TFT. Penambahan terbaru bagi aplikasi MY RIDE mereka kini boleh dipaparkan di atas konsol bagi model KTM 1290 Super Adventure S/R. Dengan kemaskini terbaru ini, pemilik KTM kini boleh menikmati muzik, menjawab panggilan telefon, dan pandu arah tanpa…
KTM telah mengumumkan satu usahasama yang baru mereka bentuk bersama dengan pasukan Tech3 bagi MotoGP musim 2019. Selepas menjalani satu musim yang cukup memberangsangkan pada tahun 2017, pengeluar dari Austria tersebut telah bersedia untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit di atas grid perlumbaan. Empat buah jentera perlumbaan KTM RC16 akan bersaing serentak bermula tahun 2019.
Terdapat sebuah pasaran bagi motosikal replika China yang sedang pesat membangun di negara-negara seperti Pakistan. Sigma Motorsports telah merebut peluang keemasan ini menyediakan pelbagai jenis motosikal replika. Motosikal-motosikal seperti Ducati 848, BMW S 1000 RR, KTM Duke, Honda CBR250R dan bermacam-macam lagi dijual di Pakistan dalam versi berkapasiti kecil.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
KTM Malaysia telah mengesahkan arahan yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat KTM di Austria. Motosikal yang terjejas adalah sesetengah unit tertentu dalam rangkaian 1290 Super Duke. Pihak KTM akan menghubungi semua pemilik motorsikal yang disahkan dalam masa yang terdekat.