Category: KTM
Siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 telah pun berlangsung di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya. Perlumbaan kali ini telah disertai oleh 101 orang peserta, dibahagikan kepada 7 kategori. Bagi pusingan kali ini, Kategori Dual-Purpose dan Wanita telah ditambah.
Pusingan 2 bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan berlangsung pada 14 Julai 2018. Pusingan 2 akan diadakan di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya, Rawang. Hadiah menarik ditawarkan buat para peserta.
Model KTM 790 Duke, yang diberi nama gelaran “The Scalpel”, telah pun tiba di tanah air kita. Ianya telah dijurutera untuk kegunaan harian, kembara hujung minggu, mahu pun untuk penunggangan atas litar. Motosikal ini cukup ringan dan padat!
KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.