Sebuah prototaip KTM 1290 Super Adventure telah diintip menjalani ujian jalan raya. Motosikal tersebut tampak telah meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan seperti model 790 Adventure. Meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan menghasilkan pusat graviti yang lebih rendah.
Category: KTM
Kami telah berpeluang menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM 790 Adventure R di Maghribi. KTM telah menggelar kedua-dua buah motosikal ini sebagai motosikal dwi-sukan paling berkebolehan untuk penunggangan ‘off-road’. Kami telah menunggang uji motosikal-motosikal ini di atas jalan raya dan juga di padang pasir.
Kami telah diberi peluang keemasan untuk menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM Adventure R di Maghribi pada minggu ini. Kedua-dua motosikal ini telah diperkenalkan sewaktu EICMA 2018. Kedua-dua motosikal ini menambah lagi kepada rangkaian 790 yang turut didiami oleh model 790 Duke.
KTM telah melancarkan ke semua pasukan Moto3, Moto2, dan MotoGP mereka bagi musim 2019. Mereka akan tampil dengan dua buah pasukan dalam MotoGP, di mana kedua-dua pasukan ini akan menggunakan jentera yang sama. Pasukan-pasukan ini adalah Red Bull KTM Factory Racing dan Red Bull KTM Tech 3 Racing.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
Toby Price telah memenangi perlumbaan Rali Dakar 2019 dengan pergelangan tangan yang retak. Ini adalah kemenangan Rali Dakar keduanya sejak tahun 2016. KTM telah memenangi perlumbaan rali ini buat kali ke-18 berturut-turut.
Nicola Dutto adalah penunggang motosikal paraplegik pertama dalam Rali Dakar. Jentera KTM 450 EXC-Fnya telah diubahsuai khusus untuk tugas berkenaan. Pasukannya terdiri daripada tiga orang penunggang lain yang akan membantunya.
Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula. Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC. Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.