Naza Italia-Maserati baru sahaja melancarkan sebuah SUV edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-10 jenama kenderaan premium ini mula bertapak di Malaysia iaitu Maserati Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit sahaja akan dijual untuk pasaran Malaysia dalam menyambut 10 tahun mereka beroperasi di dalam negara.
Category: Kereta
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia dan antarabangsa
Mesti pernah terlintas di fikiran perasaan untuk melancong ke negara luar dengan menggunakan jalan darat tetapi bagi sekumpulan pemilik Proton X70, mereka menjadikan angan-angan itu sebagai satu kenyataan. Pasukan Borneo Leisure Touring telah menganjurkan Trip Menakjubkan Malaysia-China melibatkan sekumpulan pemilik SUV premium itu yang sedang pun berlangsung ketika ini. Merentasi empat negara – Malaysia, Thailand,…
Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020.
Pasaran SUV di Malaysia sedang mengalami sebuah ‘letupan’ dimana pelbagai tawaran dari beberapa syarikat pengeluar kenderaan dalam dan luar negara. Tugas untuk memilih kenderaan SUV yang paling sesuai untuk anda kini menjadi lebih sukar dan terdapat pelbagai pilihan menarik dan kami ingin berkongsi pengalaman bersama model yang kurang disebut iaitu Toyota Harrier 2.0T.
PROTON telah memperkenalkan model terkini Proton Persona 2019 yang bakal mengambil alih pasaran kenderaan b-segmen di Malaysia. Seperti mana Proton Iriz 2019 telah dilancarkan pada minggu lepas, generasi ‘facelift’ terkini Proton Persona ini telah melalui 303 perubahan kritikal untuk menghasilkan sebuah pakej yang menarik dengan slogan “Intelligence That Cares”.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan Nissan X-Trail Facelift 2019 baharu yang kini boleh ditempah. Jangkaan pelancaran rasmi adalah pada April 2019. Terdapat empat varian untuk pilihan anda iaitu tiga model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan satu model Hybrid baharu yang menggunakan enjin 2.0-liter (MR20DD) Hybrid bersama Twin CVTC (Continuous Variable-Valve Timing Control) dan…
Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa model kompak SUV mereka iaitu Honda HR-V 2019 telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit setakat ini. Dengan pelancaran rasmi pada Januari 2019, tempahan meningkat dan mereka berjaya mencapai sasaran tiga bulan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan.
Proton Iriz 2019 baru sahaja dipratontonkan kepada pihak media Malaysia semalam di Proton Centre of Excellence (COE) semalam dah secara terus-terang, generasi terkini Proton Iriz memang nampak menarik. Model kali ini telah dikemaskini dan ditambahbaik dengan lebih 300 perubahan (367) yang akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dengan reka bentuk dan kelengakapan baharu.
Pusingan ketiga Toyota Vios Challenge yang dijalankan hujung minggu lepas di Stadium Batu Kawan sempena Toyota Gazoo Racing Festival memberi pelbagai aksi-aksi menarik dari ketiga-tiga kategori perlumbaan dari Sporting, Super Sporting dan juga Promotional.