Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan. Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).
Category: CBR1000RR Fireblade SP2
Honda bakal menyahut cabaran WorldSBK musim 2019 dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2. Pasukan Moriwaki Althea Honda yang baharu akan mendapat sokongan penuh pengilang berkenaan. Barisan penunggang pasukan ini terdiri daripada Ryuichi Kiyonari dan Leon Camier.
Motosikal Honda CBR1000RR Fireblade telah dikritik oleh pasukan dan penggemar perlumbaan atas kerana kekurangan kuasanya dalam kelas terbuka. Khabar angin telah tersebar mengatakan Honda sedang membangunkan sebuah enjin V-4 bagi motosikal baharu itu. Adakah motosikal yang baharu itu akan tampil dengan lebih banyak kuasa atau Honda akan mengutamakan pengurangan beratnya?
Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…
Ianya telah disahkan bahawa kerjasama di antara John McGuinness dan Honda Racing telah pun berakhir. Berita itu telah disampaikan sendiri oleh juara TT 23 kali tersebut di majlis makan malam amal tahunan Joey Dunlop Foundation. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang sama ada “King of the Mountain” itu akan menyertai Norton, Tyco BMW, Kawasaki, atau pun…
Barisan penunggang Honda Racing 2018 telah diumumkan dan ianya terdiri daripada Ian Hutchinson dan Lee Johnston. Pemenang Isle of Man TT sebanyak 16 kali, Hutchinson, dan bekas juara ‘National Superstock 600’, Johnston, akan meneruskan usaha perlumbaan jalan raya Honda bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggang ini berhadapan satu tugas yang besar dalam ‘menjinakkan’ jentera Honda CBR1000RR…
Pasukan Red Bull Honda World Superbike Team telah mengumumkan yang penunggang dari Amerika Syarikat, Jake Gagne, bakal menjadi penunggang kedua mereka. Gagne telah menyertai beberapa perlumbaan tahun ini sebagai peserta ‘wildcard’ selepas kehilangan tragis seorang penungggang yang disayangi ramai, Nicky Hayden. Jake Gagne akan bersaing bersama seorang lagi penunggang baru bagi pasukan Red Bull,…
Pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelumba jalanraya antarabangsa berikutan kemunculan kembali ke arena perlumbaan jalanraya yang kurang memberangsangkan. Setelah kemunculan kembalinya yang tidak diduga ke perlumbaan jalanraya dengan menerima tawaran dari pasukan Honda Racing Team, segala usaha Guy Martin dan John McGuinness serba tidak menjadi. Apabila McGuinness…
Pusingan WorldSBK yang berikutnya di Litar Laguna Seca yang ikonik akan menyaksikan Jake Gagne, pesaing dalam siri MotoAmerica berusia 24 tahun sebagai pengganti bagi mendiang Nicky Hayden. Gagne yang merupakan bekas juara Red Bull Rookies Cup dan AMA Superstock 1000 telah dipilih oleh Red Bull Honda World Superbike Team kerana pengalaman meluasnya dengan jentera…