WorldSBK: Pelumba Berusia 24 Tahun Jake Gagne Mengisi Tempat Nicky Hayden Di Laguna Seca

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

 

  • Pusingan WorldSBK yang berikutnya di Litar Laguna Seca yang ikonik akan menyaksikan Jake Gagne, pesaing dalam siri MotoAmerica berusia 24 tahun sebagai pengganti bagi mendiang Nicky Hayden.
  • Gagne yang merupakan bekas juara Red Bull Rookies Cup dan AMA Superstock 1000 telah dipilih oleh Red Bull Honda World Superbike Team kerana pengalaman meluasnya dengan jentera Honda.
  • Pusingan Geico Amerika Syarikat akan diadakan bermula dari 7 hingga 9 Julai 2017 di mana pasukan Red Bull Honda akan bersaing dengan kekuatan penuh bersama Gagne dan Stefan Brandl.

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

Setelah pemergian Nicky Hayden, salah seorang pelumba yang paling dihormati dunia baru-baru ini, pasukan Red Bull Honda yang kini sedang bersaing di dalam siri Kejohanan Dunia Superbike FIM Motul (WorldSBK) telah memilih penunggang MotoAmerica, Jake Gagne, sebagai pengganti.

Arwah Nicky Hayden ketika dia ditabalkan sebagai Juara Dunia MotoGP pada 2006

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai pemergian legenda MotoGP, Nicky Hayden.

Pasukan itu telah bersaing di beberapa pusingan yang lalu di Donington Park dan Misano dengan hanya seorang sahaja penunggang berprofil tinggi mereka, Stefan Brandl. Pasukan Red Bull Honda World Superbike Team dan jentera mereka, Honda CBR1000RR Fireblade, sedang mengharungi musim yang agak sukar setakat ini dan kehilangan Nicky Hayden merupakan satu tamparan yang hebat buat keseluruhan pasukan mereka.

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

Menurut Motorsport.com, pasukan ini kini sudah bersedia untuk meneruskan usaha Hayden untuk mengecapi kegemilangan dengan pasukan itu bermula dengan bantuan daripada Jake Gagne yang berusia 24 tahun berasal dari California. Pusingan Geico Amerika Syarikat akan memulakan acaranya litar legenda Mazda Raceway Laguna Seca dari 7 hingga ke 9 Julai 2017, di mana Gagne akan membuat kemunculan sulung rasminya di WorldSBK di atas jentera Honda yang “masih perlu membuktikan dirinya”.

Jake Gagne (Sumber imej: MotoAmerica)

Jake Gagne bukanlah seorang pelumba sebarangan. Pernah bersaing dalam Moto2 pada tahun 2011 yang lalu, Gagne mempunyai pengalaman yang cukup luas dengan jentera Honda terutamanya CBR1000RR sebagai motosikal utamanya dalam siri perlumbaan MotoAmerica. Gagne juga merupakan bekas juara untuk Red Bull Rookies Cup serta AMA Superstock 1000. Dengan pencapaian yang sebegitu sudah diperolehinya, dia kini muncul untuk membuktikan dirinya sebagai pesaing dalam siri perlumbaan Superbike Dunia ini.

Danny Kent (GBR), Jake Gagne (AS), dan Daijiro Hiura (JPN) yang sedang meraikan kemenangan (Sumber imej: Red Bull)
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]