Konvoi Buka Puasa HOG PJ yang julung kali telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu, ke Restoran Seafarer, Melaka. Sekitar 40 orang ahli kumpulan Harley Owners Group Petaling Jaya telah menyertai tunggangan ini. Sesi berbuka puasa juga telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Gue Teck.
Category: HDPJ
Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) telah menjemput para pemilik Harley menyertai satu sesi “shop talk”. Bual bicara merangkumi aspek teknikal dan ciri-ciri rangkaian Softail 2018. Bual bicara ini juga termasuklah mengenai kempen penyelenggaraan brek, pengenalan kepada motosikal dan enjin baru, dan Motorclothes.
Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru dibuka kini menawarkan cara yang hebat bagi mereka yang berminat untuk mendalami gaya hidup Harley. Kos penyelenggaraan dan pemilikan kini lebih berpatutan di HDPJ. HDPJ juga telah mengenepikan yuran lokalisasi buat motosikal Harley yang dibeli melalui pengimport selari.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita. Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal. Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Seperti yang telah dijanjikan oleh Harley-Davidson Petaling Jaya sewaktu pelancaran mereka, akan ada pelbagai aktiviti serta tunggangan yang akan dijalankan. Selain daripada tunggangan Harley Owners Group Petaling Jaya yang telah diadakan pada bulan lalu, kumpulan Sportster Malaysia telah mengadakan Tunggangan Tahunan kali ke-4 mereka pada hari ini. Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengalukan kemunculan semula kumpulan…
Harley-Davidson Petaling Jaya telah melancarkan HOG Petaling Jaya Chapter yang baru. Bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka telah menganjurkan “HOG Petaling Jaya’s Inaugural Ride”. Tunggangan tersebut bermula di kedai pengedar rasmi yang baru itu di The Gasket Alley menuju ke Tanjung Malim dan kembali semula ke cawangan tersebut.
Harley-Davidson Motor Company, Inc. telah memulakan satu Kempen Panggilan Semula Keselamatan bagi menggantikan bendalir brek yang lama bagi sesetengah model. Model-model yang terlibat adalah model Touring, CVO Touring dan V-Rod dengan ABS dari tahun 2008 hingga 2011. Kedai pengedar rasmi Harley-Davidson terbaru di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya, akan mengendalikan kempen ini di tanah air kita.