Litar Spa-Francorchamps di Belgium kini sedang dinaiktaraf untuk kejohanan MotoGP dan EWC. Litar ini masih memegang rekod untuk perlumbaan GP motosikal terpantas. Perlumbaan GP motosikal terakhir di litar berkenaan telah dilangsungkan pada tahun 1987.
Category: FIM
Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas. Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api. Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.
Litar Antarabangsa Sepang akan menganjurkan dua pusingan perlumbaan FIM World Endurance Championship dan FIA World Touring Car. Acara ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019. Para penunggang dan pemandu negara akan mengambil bahagian dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta ini.
FIM sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara penunggangan Trial-E. Para penunggang motosikal trial adalah atlit yang mempunyai berkebolehan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka untuk mengatasi sebarang halangan. Jika diterima, acara Trial-E akan menjadi sukan permotoran yang pertama dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.
Jadual, peraturan, dan grid bagi siri kejohanan Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan. 18 orang penunggang akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan yang akan diadakan buat julung kalinya ini. Lima pusingan telah pun ditetapkan bagi tahun hadapan.
Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.
Honda Group of Companies Asia dan Oceania telah memperkukuhkan hala tuju mereka bagi perlumbaan motosikal di rantau berkenaan. Honda mensasarkan untuk menghasilkan lebih ramai penunggang serta mekanik bertaraf dunia melalui penglibatan mereka. Program ini meliputi hampir ke semua siri perlumbaan di rantau ini.
Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.
Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.