Motosikal Ducati Panigale V4 telah dinamakan motosikal lumba terlaris dunia pada tahun 2018. 6,100 unit telah dijual daripada keseluruhan 9,700 unit Panigale. Bagaimana pun, jualan keseluruhan Ducati telah jatuh sebanyak 5% akibat kemerosotan pasaran Amerika Syarikat.
Category: Panigale V4 2018
Ducati sedang membangunkan lebih banyak motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V4. Mereka bakal melancarkan 29 buah motosikal baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Motosikal baharu ini juga bakal meliputi segmen yang tidak ditawarkan Ducati sebelum ini.
Ducati North America telah mengeluarkan dua panggilan semula bagi model Ducati Panigale V4 2018 terbaru. Ke semua 692 buah unit motosikal V4, V4 S, dan V4 Speciale telah terjejas dengan dua isu yang berkaitan dengan sistem pengudaraan bahanapinya dan juga penutup tangki bahanapi. Kedua-dua panggilan semula ini telah diisukan dengan segera kerana ia mungkin akan…
Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018 telah diadakan semalam (7 April 2018) di Gold Coast Morib International Resort. Lebih daripada 50 orang pemilik motosikal Panigale dari seluruh negara telah berkumpul di Putrajaya sebelum menuju ke Banting, Selangor untuk menghadiri hari keluarga tersebut. Ducati Malaysia turut memeriahkan acara istimewa ini dengan mengadakan pratonton khas…
Telah ada satu ekzos Termignoni yang baru buat motosikal Ducati Panigale V4 2018 dan ianya dinamakan Termignoni 4 Uscite. 4 Uscite membawa maksud “four exits” dan ia telah memberikan rupa paras yang baru buat motosikal Panigale V4, lebih-lebih lagi pada reka bentuk bawah pelananya. Ekzos 4 Uscite akan disediakan bermula pada bulan ini, namun, harganya…
Sebuah motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah terbakar pada minggu lalu di Kanada. Puncanya masih belum diketahui, apa yang diketahui adalah penunggangnya menunggang motosikal tersebut seperti biasa apabila motosikal tersebut dijilat api. Ducati North America dengan pantas bertindak dan pemeriksaan kini sedang dijalankan bagi memastikan yang ini adalah sebuah kes yang terpencil.
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.
Ducati telah menjual lebih daripada 55,800 motosikal di seluruh dunia pada tahun 2017 (55,871 secara keseluruhannya) yang mana ianya merupakan peningkatan kecil dari 55,451 pada tahun 2016. Pengeluar dari Itali tersebut meneruskan trend peningkatan jualan positifnya bagi lapan tahun yang lalu. Ducati telah merancang untuk terus meningkatkan lagi margin jualannya mereka pada tahun ini dengan…