Sesi Bual Bicara Bersama Gabriel Conti, Jurutera Telemetri Pasukan Ducati MotoGP

Kami telah berpeluang untuk duduk bersembang dengan Gabriel Conti, Jurutera Telemetri Pasukan Ducati MotoGP bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana pasukan Ducati MotoGP menggunakan maklumat dan data yang ada. Kami dapati bahawa perlumbaan ini bukan sekadar memulas pendikit sesuka hati. Data yang dikumpulkan akan digunakan untuk penyediaan motosikal dan merancang strategi perlumbaan. Kami telah…

Sesi Ramah Mesra Istimewa Buat Kelab Pemilik Desmo Malaysia Di Ujian Pra Musim Sepang

Kelab Pemilik Desmo Malaysia (DOCM) telah berpeluang menyertai satu sesi ramah mesra istimewa ketika Ujian Pra Musim Sepang baru-baru ini. Mereka telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera Desmosedici GP19 baharu dan bertemu dengan para penunggang pasukan Mission Winnow Ducati. Kehadiran mereka menjadi bertambah istimewa apabila para penunggang Ducati berjaya merekodkan catatan masa terpantas…

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike Melancarkan Jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.