Sejak Ducati melancarkan Panigale V4, ramai yang menjangkakan pengeluar motosikal Itali itu akan memperkenalkan Streetfighter V4. Jangkaan tersebut akhirnya direalisasikan apabila jentera tersebut dilihat melalui beberapa sesi ujian sekitar Eropah beberapa kali. Bagaimanapun, persoalan akhirnya terjawab apabila Ducati hari ini berkongsi beberapa gambar prototaip jentera terbabit. Rekaan tirus di bahagian depan dan tangki yang tajam…
Category: enjin Desmosedici Stradale
Nampaknya khabar angin mengenai motosikal Ducati Streetfighter V4 yang telah tesebar sebelum ini ada kebenarannya. Satu temuramah baru-baru ini bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, telah membayangkan yang ianya bakal tiba. Dia menyatakan bahawa “ia (Streetfighter V4) akan tiba secepat mungkin!”
Ducati telah mengumumkan bahawa akan ada lebih banyak model yang dijana oleh enjin V4. Enjin ini akan digarap dari enjin Desmosedici Stradale yang menjana motosikal Panigale V4. Enjin V4 baharu tersebut akan lebih ‘mampu milik’, menurut Ducati.
Motosikal Ducati Panigale V4 2018 dijangka tiba di Malaysia seawal bulan Mac 2018. Tempahan sudah mula dibuka bagi ketiga-tiga varian bermula dari Panigale V4 asas, Panigale V4 S hinggalah untuk motosikal edisi terhad, Panigale V4 Speciale. Ducati Petaling Jaya turut menganjurkan acara Ducati Red Weekend pertamanya pada 13 dan 14 Januari 2018 di mana anda…
Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano. Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm….