Revival Cycles telah membina sebuah motosikal BMS S 1000 R buatan khas yang dilengkapi dengan tarikan ‘vintaj’. Bertapak di Texas, Amerika Syarikat, mereka telah menghasilkan sebuah motosikal dengan gaya motosikal lumba klasik yang digandingkan dengan kelengkapan prestasi S 1000 RR. Reraup aloi buatan khas dan kelengkapan berilhamkan prestasinya semuanya disertakan bagi meningkatkan kebolehan motosikal tersebut…
Category: BMW
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal BMW R 1200 GS menggunakan suspensi hadapan ‘BMW Telelever’. Sistem ini mengasngkan daya suspensi dari daya stereng. Dengan berbuat begitu, ia memberikan pemanduan arah dan keselesaan yang hebat.
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer kelas pertengahan, BMW Concept 9Cento. Motosikal Concept 9Cento ini secara asasnya adalah gabungan antara rupa bentuk S 1000 XR dengan enjin F 850 GS. BMW Motorrad sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer yang baharu dalam rangkaian mereka pada masa yang akan datang.
BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi motosikal mereka dengan kadar GST 0%. Penurunan harga ini akan menjadikan harganya jauh lebih menggiurkan dari yang sedia ada. Harga-harga ini adalah harga asas beserta GST 0%, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.
Ke semua pengeluar sedang bersedia untuk menetapkan GST kepada 0% bermula 1 Jun 2018. Di sini kami senaraikan ramalan harga baru untuk motosikal BMW di Malaysia. Adakah ini waktu terbaik untuk memiliki sebuah motosikal BMW yang baru?
Enjin Boxer 1250cc serta motosikal yang telah dijananya telah dirombak semula pada setiap generasi. Dengan saingan sengit dari semua penjuru, ianya dikhabarkan bahawa BMW akan memperkenalkan model R 1250 GS pada tahun 2019. Model R 1250 RT yang baru telah dilihat menjalani ujian jalan raya.
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model. Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT. Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.