Ford Bangunkan Transmisi Manual Tanpa Klac

Transmisi automatik sememangnya menjadi pilihan pengguna kini kerana dilihat lebih praktikal dan efisien berbanding transmisi manual. Namun, masih ada pengeluar yang cuba untuk meyakinkan pengguna dengan inovasi tersendiri terhadap transmisi manual dengan tiga pedal itu. Pengenalan transmisi manual tanpa penggunaan pedal klac adalah inovasi yang digunapakai oleh jenama seperti Hyundai dan Kia. Ford juga dilaporkan…

Mitsubishi XPander Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5L MIVEC!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menerima tempahan bagi Mitsubishi XPander, menjelang pelancaran pada November ini. Tempahan bagi kenderaan jenis ‘crossover’ dengan tujuh tempat duduk itu kini boleh dibuat di setiap pusat pameran rasmi Mitsubishi seluruh negara. Mitsubishi XPander dikuasakan dengan enjin (blok aluminium) 1.5L MIVEC yang menjana 105hp pada 6,500rpm dan 141Nm pada 4,000rpm dan…

Hyundai Kona Masuk Malaysia Suku Ke-4 Tahun Ini

Hyundai Sime-Darby (HSDM) mula menerima tempahan bagi Hyundai Kona yang diumumkan akan dilancarkan di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini. Hyundai Kona merupakan SUV kompak (CBU) yang diimport sepenuhnya daripada Hyundai Motor Company (HMC) di Ulsan, Korea Selatan. Ketibaan Hyundai Kona menyaksikan HSDM menawarkan tiga jenis SUV untuk pasaran tempatan termasuk Tucson dan Santa Fe…

Dua Beranak Bina Aventador Secara DIY, Lamborghini Hantar Model Sebenar!

Seorang ayah bersama anaknya, yang terlalu meminati sebuah kereta jenis Lamborghini Aventador telah membuat keputusan untuk membina model kereta terbabit secara DIY. Diberi nama AXAS Interceptor, Sterling Backus bersama anaknya Xander, telah berhempas pulas bagi menghasilkan kereta idaman di dalam garaj rumah mereka sendiri. Kereta terbabit menggunakan kerangka tubular sementara panel lain dihasilkan menerusi cetakan…

Mercedes A250 AMG: Sesi Pandu Uji Bertukar Ke Sesi Uji Kesabaran

Ramai yang teruja ketika Mercedes-Benz melancarkan model A Class, A250 AMG 2019 hujung tahun lalu. Manakan tidak, model A250 berjaya mendapat tempat di hati pembeli berkemampuan di Malaysia hasil daripada kejayaan Mercedes mereka jentera empat roda yang memiliki reka bentuk menarik. Jadi tidak hairanlah setiap kali Mercedes melancarkan model baharu, ramai yang ternanti-nanti apakah tawaran…

RM1.8 juta, Mercedes-AMG GT 63 S Coupe Buat Ramai Melopong

Keluarga AMG GT menerima ahli baharu dengan pelancaran Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+. Jentera ini merupakan gabungan antara pemanduan dinamik yang sesuai untuk litar lumba dan sebagai penggunaan harian bercirikan Gran Turismo, sekaligus menjadikan model ini pasangan paling sesuai untuk kegunaan harian. Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine teruja dengan pelancaran AMG-GT…

Perodua Kekal Popular, Lebih 82,700 Unit Dijual Suku Pertama 2019

Perodua kekal kukuh dengan jualan bagi suku pertama 2019 dengan peningkatan 9.5 peratus kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April berbanding 75,500 unit yang didaftarkan tahun lalu. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi suku pertama dalam sejarah Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad meluahkan terima kasih ke atas pencapaian tersebut….

Hyundai Elantra Tampil Dengan Rekaan Baharu!

Hyundai Sime Darby Motors telah merasmikan Hyundai Elantra dengan rekaan terbaru di Pusat 3S Hyundai Jalan Klang Lama,  hari ini. Tampil dengan rekaan dalaman dan luaran yang telah direvolusikan,  pelancaran model tersebut dilihat akan terus memperkuatkan jenama Hyundai dalam segmen pertengahan kenderaan penumpang. Tawaran harga yang kompetitif – RM109,888 – memberi pilihan yang lebih pelbagai…

Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini GT-R Jadi Mangsa

Sebuah kereta Nissan GT-R mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dihentam sebuah Perodua Myvi dalam kejadian yang berlaku di Seremban 2, kelmarin. Myvi terbabit – yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun – sedang dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Emerald Park sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok batu kiri jalan. Timbalan Ketua Polis…