Hyundai Kona Masuk Malaysia Suku Ke-4 Tahun Ini

Hyundai Sime-Darby (HSDM) mula menerima tempahan bagi Hyundai Kona yang diumumkan akan dilancarkan di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini.

Hyundai Kona merupakan SUV kompak (CBU) yang diimport sepenuhnya daripada Hyundai Motor Company (HMC) di Ulsan, Korea Selatan.

Ketibaan Hyundai Kona menyaksikan HSDM menawarkan tiga jenis SUV untuk pasaran tempatan termasuk Tucson dan Santa Fe dengan Kona menjadi tawaran baharu SUV segmen B di Malaysia.

Hyundai Kona meneruskan identiti rekaan baharu jenama pengeluar dari Korea itu dengan gril lata yang kini menjadi rupa ikonik kepada Hyundai.

Antara ciri lain ditawarkan adalah lampu komposit dengan LED Daytime Running Light yang terletak di atas lampu depan LED sementara tempat duduk lebih tinggi membantu meningkatkan penglihatan yang lebih baik kepada pemandu.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, yakin Hyundai Kona akan merancakkan lagi segmen B di Malaysia.

“Kami teruja dengan pelancaran Kona kerana merupakan produk baharu bagi kami dalam segmen ini. SUV kompak mempunyai permintaan tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di dunia,” katanya.

Hyundai Kona telah pun dilancarkan di Korea Selatan pada 2017 dan bingkas mencapai populariti dengan lebih 600,000 unit telah pun terjual di seluruh dunia sehinga Julai 2020.

Hyundai Kona akan ditawarkan dengan harga RM115,000 untuk pasaran Malaysia.


Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply