Ducati Panigale V4 2020 Kini Di Malaysia – Dari RM132,900!

Advertisements

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 2020 untuk pasaran tempatan.

Model yang dinaiktaraf daripada V4 sebelumnya ini kini didatangkan dengan ciri ‘winglet’ (Aero Pack) yang sebelum ini hanya terdapat pada varian V4 R.

Selain daripada itu, Panigale V4 2020 juga menjalani beberapa penambahbaikan dengan Ducati mendakwa jentera itu kini lebih ‘mesra pengguna’, dan kurang memenatkan berbanding model sebelumnya.

Aero Pack juga meningkatkan laluan udara sekaligus mempertingkatkan tahap kestabilan jentera dengan bahagian kerangka depan turut diperkukuhan bagi memberi pengalaman tunggangan yang lebih ‘sedap’.

Menurut Ducati, jentera V4 2020 ini telah dinaik taraf berdasarkan input daripada pemilik Ducati seluruh dunia yang kemudiannya disampaikan kepada jurutera Ducati Corse bagi menjalankan analisis sekaligus membawa kepada penambahbaikan aerodinamik, chasis, kawalan elektronik dan perubahan kepada pemetaan Ride-By-Wire.

Mengambil kira semua faktor ini, Panigale V4 2020 ini kini lebih pantas di litar berbanding model sebelumnya.

Pelumba uji, Michele Pirro, merekodkan catatan masa 0.4 saat lebih pantas berbanding model 2019!

Ducati Panigale V4 2020 didatangkan dengan enjin Desmosedici Stradale 90 darjah V4 1103cc dengan penyejukan cecair yang menjana 214hp dan 124Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan Ducati Quick Shift (DQS) up/down EVO 2.

Varian standard dilengkapi engan fork Showa BPF boleh laras sepenuhnya manakala varian V4 S didatangkan fork elektronik Ohlins, yang mengguna pakai Ohlins Smart EC (Kawalan Elektronik) Generasi Kedua yang kini berupaya meneroka kemampuan sebenar IMU 6D.

Sementara penyerap hentakan belakang mengguna pakai unit Sachs yang disambungkan kepada swingarm aluminium ‘single-sided’.

Sistem brek pula dikendalikan oleh kaliper brek 4-piston Brembo Monobloc Stylema (M4.30) pada cakera 330mm di bahagian depan dan 245mm belakang.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Tangki 16L
  • Berat 175kg (kering)
  • Ketinggian tempat duduk 835mm
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift (DQS) up/down EVO 2
  • Lampu LED dengan DRL
  • Stering damper Sachs
  • Lampu isyarat auto-off

Ducati Panigale V4 2020 ini ditawarkan pada harga RM132,900 manakala varian V4S, RM172,000.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.