Selepas mengumumkan harga bagi Tiger Sport 660, Triumph Motorcycles Malaysia turut menawarkan harga menarik bagi Tiger 1200 2022 untuk pasaran tempatan. Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, dua varian Tiger 1200 ditawarkan di Malaysia menerusi Tiger 1200 GT Pro dan Rally Explorer dan dijual pada harga RM115,900 dan RM130,000. Di tengah-tengah pembangunan Tiger 1200 terletaknya enjin dengan…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal secara merbahaya sambil membonceng seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya. Aksi ‘wheelie’ lelaki tersebut turut tular di media sosial. Penahanan lelaki tersebut telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid. Lelaki terbabit didapati melakukan aksi wheelie sambil menunggang motosikal…
Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan sasaran baharu bagi tahun 2022, menjual lebih 80,000 unit kenderaan. Sasaran itu ditetapkan berdasarkan ramalan ‘Total Industry Volume’ yang diletakkan sebanyak 60,000 unit. Menurut Honda Malaysia, keyakinan mencapai angka tersebut juga dijangka bakal dipacu dua model baharu yang akan dilancarkan tahun ini. Kami menjangkakan dua model baharu itu – meskipun…
Setelah beberapa bulan menyepi, akhirnya Suzuki Malaysia mendedahkan bahawa model 150cc, GSX-R150 akan dilancarkan tidak lama lagi. Perkara itu disahkan menerusi perkongsian terbaru di laman Facebok Suzuki Malaysia yang mendedahkan GSX-R150 bakal tiba dalam masa terdekat. Menurut perkongsian itu, Suzuki juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar minat mereka terhadap model terbaru itu. Suzuki…
Tiada angin tiada ribut, Suzuki Malaysia memuat naik ‘teaser’ terbaru di media sosial dengan slogan “The Road Conqueror”. Selain daripada slogan tersebut, Suzuki Malaysia seperti biasa enggan memberikan petunjuk lain, taktik yang biasa digunakan untuk membuatkan peminat dan kami terus berteka-teki. Namun jika lihat diruangan komen, ada yang berkata slogan tersebut merujuk kepada model 150cc…
Bekas pelumba Moto2, Moto3 dan Kejuaraan Eropah CEV negara, Adam Norrodin, akan beraksi di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2022 bersama-sama TKKR Racing Team. Adam akan mewakili pasukan OneXOX BMW TKKR Racing Team dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) bersama-sama rakan sepasukan dan juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman. Pengumuman tersebut dibuat Prinsipal Pasukan TKKR Racing…
Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City Hatchback varian RS e:HEV untuk pasaran Malaysia. Selepas pelancaran rasmi pada Disember tahun lalu, Honda Malaysia telah terima lebih 5,200 tempahan dan susulan daripada penerimaan baik itu, harga rasmi bagi varian RS akhirnya diumumkan, RM107,783. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Madoka Chujo, Honda…
Boon Siew Honda memperkenalkan CB500X dan CBR500R untuk pasaran Malaysia yang kini telah dinaik taraf bagi tahun 2022. Cukup popular sejak diperkenalkan pada 2013, kedua-dua model ini tampil dengan beberapa kemas kini penting. Bagi tahun 2022, CB500X dan CBR500R kini dipertingkat dengan Showa Separate Function Fork Big Piston (SSF-BP) 41mm jenis USD menggantikan fork teleskopik…
Suzuki Malaysia dijangka melancarkan barisan motosikal berkapasiti 150cc tidak lama lagi berdasarkan perkongsian terbaru oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya. Berdasarkan gambar yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, gambar tersebut merupakan tayar daripada model Belang R150 sekaligus mengesahkan model tersebut antara yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia. Perkongsian tersebut secara tidak…