Polis Cekup Si Ayah Syok ‘Wheelie’ Sambik Bonceng Anak Demi Raih Perhatian

Polis Johor Bahru Utara telah menahan seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal secara merbahaya sambil membonceng seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya.

Aksi ‘wheelie’  lelaki tersebut turut tular di media sosial.

Penahanan lelaki tersebut telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Lelaki terbabit didapati melakukan aksi wheelie sambil menunggang motosikal di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas, Skudai, dipercayai semata-mata bagi meraih perhatian warganet di media sosial. Video terbabit dipercayai dirakamkan oleh seorang rakannya sebelum dimuatnaik ke Facebook lelaki terbabit iaitu ‘Hafiz Sim’ pada 15 Februari 2022,” kata Rupiah.

Sebanyak tiga saman turut dikeluarkan atas kesalahanan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, cukai jalan tampat tempoh dan menunggang motosikal tanpa mengenakan topi keledar.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dengan melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun pengguna jalan raya,” tambah Rupiah.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pelaku berdepan penjara sehingga lima tahun dan denda tak kurang daripada RM5,000 dan tak lebih RM15,000 jika didapati bersalah.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply