Suzuki Belang R150 Dalam Peringkat Pemasangan, Lancar Tak Lama Lagi

Suzuki Malaysia dijangka melancarkan barisan motosikal berkapasiti 150cc tidak lama lagi berdasarkan perkongsian terbaru oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, gambar tersebut merupakan tayar daripada model Belang R150 sekaligus mengesahkan model tersebut antara yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung memberi kelegaan kepada peminat Suzuki Malaysia yang bertanya bilakah model 150cc Suzuki akan dilancarkan.

Suzuki Malaysia sebelum ini telah pun berkongsi ‘teaser’ Belang R150, GSX-R150 dan GSX-S150 sewaktu pelancaran model Hayabusa dan V-Strom 1050 XT namun sehingga kini masih tiada tarikh rasmi pelancaran model tersebut.

Namun, ‘teaser’ oleh Ahmad Faez ini sedikit sebanyak memberi bayangan model 150cc Suzuki Malaysia akan dirasmikan tidak lama lagi.

Setakat ini, Suzuki Malaysia telah pun melancarkan SV650, VStrom 650 XT, GSX-S750, GSX-R1000, GSX-R1000R, V-Strom 1050 XT dan Hayabusa.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply