Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) Anih Bhd (Anih) menjangkakan kira-kira 2,352,000 kenderaan menggunakan lebuh raya berkenaan antara 8 hingga 11 Julai ini sempena sambutan Aidiladha. Pengurus Besar Kanan Anih, Radzimah Mohd Radzi, berkata kerana itu pihaknya mengambil beberapa langkah termasuk menambah petugas dan anggota sebagai persediaan mengaktifkan lorong-lorong…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Menabung merupakan sesuatu amalan yang bagus, dan ini ternyata benar apabila seorang warga emas di negara seberang tular kerana membawa guni berisi wang, digunakannya untuk membeli kereta baharu. Memetik laporan Suara.com, aksi warga emas itu menjadi tular di media sosial selepas videonya dimuat naik oleh pengguna Instagram pada Rabu. “Hebat atuk ini, panjang umur ya…
Penggunaan ruang meletak kereta sesuatu yang mudah, namun begitu ramai yang masih tidak menggunakannya dengan betul dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain apabila menghalang laluan. Sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat dan mengalihkan kereta Perodua Myvi gara-gara diletakkan di tempat yang salah. Menurut pemilik video, dia turut berada di lokasi…
Pihak polis kini sedang memburu buli jalanan yang memandu Perodua Myvi secara melulu di Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang. Sebuah video kejadian berdurasi 1 minit 14 saat yang telah tular itu menunjukkan kereta tersebut menukar lorong dan membrek secara tiba-tiba berkali-kali. Segmen # Hebahan Trafik ‼️‼️‼️ PEMANDU MYVI NO. WQX 6397 DICARI 6 Julai 2022…
Seramai 52 penunggang motosikal telah disaman Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong melibatkan pelbagai kesalahan ketika Op Motosikal di lorong Tol Karak. Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, melalui Op Motosikal antara pukul 10.30 pagi sehingga 1 tengah hari di laluan tersebut, polis trafik telah mengesan antaranya kesalahan menunggang…
Meskipun pasaran motosikal dunia terjejas dengan isu semikonduktor yang sekaligus memberi impak terhadap aspek pengeluaran dan harga, namun permintaan terhadap motosikal Ducati terus meningkat di Malaysia. Bukan itu sahaja, ketika negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ducati Malaysia, dibawah kendalian Dennis Michael berjaya memastikan permintaan terhadap motosikal jenama Itali itu…
Baru-baru ini, filem Minions: The Rise of Gru telah ditayangkan di pawagam. Filem ini mempunyai peminat yang ramai disebabkan watak Minions kecil dan kuning yang comel itu. Sehinggakan, terdapat juga yang sangat meminati filem itu sehingga keretanya digayakan sepenuhnya merupai watak Minions itu. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh @illegaliff di TikTok…
“SELAGI hayat ada saya akan keluar ride, kalau orang cakap suruh saya duduk rumah sajalah, dekat rumah pun saya tak duduk diam, saya bantu sapu dan kemas rumah.” Demikian kata Kamarudin Wahid, 77 tahun, yang terkenal dan tular dalam media sosial dengan gelaran ‘Cik Din YP’ bersama jentera retro miliknya Yamaha RD YP 250. Anak…
Seorang bapa di Jakarta telah dikecam teruk warganet selepas merakam anaknya yang berusia lima tahun menunggang motosikal. Dalam video yang telah dimuat naik di Instagram itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menunggang skuter di sebuah kawasan lapang. Dikatakan, kanak-kanak itu sedang belajar menunggang motosikal bawah pengawasan bapanya, namun dilihat kanak-kanak itu sangat kecil sehingga kakinya tidak…