Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi Chear Global. Italjet Dragster ini ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc. Meskipun begitu, kedua-dua varian menampilkan rekaan, spesifikasi dan dimensi yang sama dan hanya dibezakan dengan kapasiti enjin sahaja. Untuk rekod, varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Zontes Malaysia telah pun melancarkan model scrambler, ZT155G pada penghujung tahun lalu. Model tersebut bingkas mencuri tumpuan ekoran menawarkan tangki 20L selain menampilkan rekaan ala scrambler yang menarik. Bagaimanapun, untuk pasaran tempatan, Zontes ZT155G tersebut didatangkan dengan rim aloi maka menjadikan penggunaan motosikal tersebut lebih sesuai untuk tungggangan di jalan raya. Namun, berita baik bagi…
Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Suzuki Malaysia bakal memperkenalkan Suzuki V-Strom 250 SX untuk pasaran Malaysia. Pendedahan tersebut dibuat ekoran model tersebut telah dilihat menjalani ujian di Malaysia. Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendapati motosikal ‘adventure’ 250cc dari Suzuki itu mungkin bukan varian V-Strom 250 SX seperti dilaporkan sebelum ini. Sebaliknya, model yang akan dilancarkan itu…
Ketika berlangsungnya GIVI Rimba Raid 2022 di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang, baru-baru ini, pelbagai jenama motosikal mengambil bahagian antaranya BMW, KTM, Honda dan Yamaha. Turut membuat penampilan sulung adalah Harley-Davidson Pan America 1250, Moto Morini X-Cape 650 X dan WMOTO SX2 300. Bagaimanapun, diantara beratus jentera yang terlibat terdapat sebuah jentera yang mencuri perhatian…
Rimba Raid 2022 telah berlangsung dengan jayanya di Taman Negara,Kuala Tahan, Pahang pada Sabtu lalu. Perlumbaan sejauh 158km itu menyaksikan 226 pelumba bersaing dalam kategori masing-masing bagi merebut takhta selaku pelumba ‘off-road’ terbaik di Malaysia. Meskipun rata-rata kategori didominasi pelumba Thailand namun beberapa nama tempatan turut membanggakan nama Malaysia menerusi Mohd Zulkarnain Tahir yang menjuarai…
Rimba Raid edisi 2022 telah berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu yang menyaksikan pelumba Thailand mendominasi perlumbaan kali ini. Rata-rata jentera yang digunakan termasuk Yamaha Tenere 700, Honda CRF1100L/CRF1000L Africa Twin dan BMW R 1200/1250 GS. Bagaimanapun, kejuaraan Rimba Raid kali ini menyaksikan beberapa jentera baharu membuat penampilan sulung, antaranya Harley-Davidson Pan America 1250. Namun,…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) merekodkan pencapaian baharu di Malaysia apabila berjaya menghasilkan 5,000,000 motosikal di Malaysia sejak penubuhannya pada 1979. Bagi meraikan pencapaian tersebut, HLYM memperkenalkan Yamaha 135LC 5MRO Edisi Malaysia yang menampilkan grafik bendera Malaysia bagi menandakan keluaran Malaysia. Menurut HLYM, model tersebut hanya terhad pada 5,000 unit sahaja dan dijual pada harga…
Kejuaraan GIVI Rimba Raid kembali bagi edisi 2022 yang menyaksikan Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang jadi medan pertarungan antara penggemar sukan perlumbaan ‘off-road’ dua roda. Bagi tahun 2022, seramai 223 pelumba telah beraksi di Kuala Tahan namun hanya 99 pelumba sahaja yang berjaya tiba ke garisan penamat. Ketika edisi terdahulu (2019) menampilkan pelumba negara, Gabit…
Setelah Brixton Motorcycles mendedahkan Brixtom Cromwell 1200 pada satu pelancaran global pada November tahun lalu, model terbaru itu membuat penampilan mengejut di Malaysia. Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, MForce mempertontonkan model tersebut sewaktu pelancaran MForce Smart Shop SH Bikers di Sri Kembangan. Untuk rekod, jenama Brixton Motorcycles mungkin masih asing di Malaysia namun…