GIVI Rimba Raid 2022 – Pelumba Thailand Gegar Kuala Tahan

Advertisements

Kejuaraan GIVI Rimba Raid kembali bagi edisi 2022 yang menyaksikan Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang jadi medan pertarungan antara penggemar sukan perlumbaan ‘off-road’ dua roda.

Bagi tahun 2022, seramai 223 pelumba telah beraksi di Kuala Tahan namun hanya 99 pelumba sahaja yang berjaya tiba ke garisan penamat. 

Ketika edisi terdahulu (2019) menampilkan pelumba negara, Gabit Salleh merekodkan catatan masa terpantas bagi Class A namun kejuaraan kali ini menyaksikan pelumba Thailand menyapu hampir kesemua kategori.

Berikut adalah keputusan perlumbaan yang berlangsung pada Sabtu:

  • Class C – Enduro Rally (jentera enduro satu silinder antara 250cc hingga 800cc)

Class C (Enduro Rally) merupakan satu-satunya kategori yang berjaya dimenangi pelumba tempatan menerusi Mohd Zulkarnain Tahir. 

Mohd Zulkarnain menamatkan aksi dihadapan wakil Thailand Chaipuek Sangaroon dan wakil Singapura, Kelvin Chia.

  • Class C – DP Rally (jentera adventure satu silinder antara 250cc hingga 800cc)

Dua wakil Thailand menempah podium menerusi Traiphop Boonthang dan Manop Abdulkaree. Tempat ketiga jadi milik wakil Kanada, Dustin Richardson.

  • Class B (jentera adventure antara 250cc hingga 999cc)

Kategori Class B disapu bersih pelumba Thailand dengan Saphon Somroop muncul juara diikuti rakan senegara, Suradet Taweelap dan Charod Khumchat. 

Menariknya, ketiga-tiga pelumba ini mengguna pakai jentera Yamaha Tenere 700. Sayangnya, model tersebut tidak didapati di Malaysia.

Pada masa sama, Samroop juga muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 2 jam 51m 28.300s. 

  • Class A (jentera adventure pelbagai silinder 1000cc keatas)

Class A merupakan kategori premier yang dipertandingkan di Rimba Raid dan merupakan kelas tumpuan.

Edisi 2022 kali ini menyaksikan wakil Thailand Theera Putthai muncul juara diikuti rakan senegara, Pisanu Chimma kedua.

Tempat ketiga jadi milik pelumba negara, Alan Ng yang beraksi dengan jentera Honda CRF1100L serba baharu. 

Menariknya, edisi kali ini juga menyaksikan penyertaan sulung jentera dari Harley-Davidson, Pan America 1250.

Menyedari keputusan sapu bersih oleh pelumba Thailand, rata-rata wakil negara tekad untuk kembali merampas takhta dari pelumba Thailand pada edisi seterusnya. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.