Moto Morini X-Cape 650 X Dan WMOTO SX2 300 Tak Goyang Di Rimba Raid

Advertisements

Rimba Raid edisi 2022 telah berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu yang menyaksikan pelumba Thailand mendominasi perlumbaan kali ini.

Rata-rata jentera yang digunakan termasuk Yamaha Tenere 700, Honda CRF1100L/CRF1000L Africa Twin dan BMW R 1200/1250 GS.

Bagaimanapun, kejuaraan Rimba Raid kali ini menyaksikan beberapa jentera baharu membuat penampilan sulung, antaranya Harley-Davidson Pan America 1250.

Namun, turut membuat penampilan pertama adalah Moto Morini X-Cape 650 X dan WMOTO SX2 300. 

Menariknya, walaupun kedua-dua jenama ini masih baru dalam pasaran tempatan yang dipasarkan MForce Bike Holding Sdn Bhd, prestasi Moto Morini X-Cape 650 X dan WMOTO SX2 300 cukup mengagumkan.

Diantara 241 pelumba yang bersaing, Moto Morini X-Cape 650 yang ditunggang Muhamad Nazmee berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 158 kilometer itu ditempat ke-15 (Class B)  manakala Amirul Ramli dengan jentera WMOTO SX2 300 menamatkan saingan DP Rally di kedudukan ketujuh. 

Keputusan tersebut secara tidak langsung membuktikan kemampuan dan prestasi kedua-dua model ini dalam menempuh permukaan yang ekstrim. 

Untuk rekod, Moto Morini X-Cape 650 ditawarkan dengan dua varian di Malaysia dengan harga bermula pada RM39,999

Sementara itu, WMOTO SX2 300 boleh didapati dengan harga RM18,888

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.