Ducati Multistrada V4 Rally Diperkenalkan – Tangki 30L, Suspensi Dipertingkat

Bagi terus memberikan saingan dalam segmen motosikal adventure 1000cc ke atas, Ducati telah mempertingkatkan Multistrada V4 dengan varian ‘Rally’. 

Model 2023 itu telah dinaik taraf dengan tangki lebih besar, sistem suspensi yang telah dipertingkat dan tahap keselesaan yang lebih baik.

Bagaimanapun, seperti namanya, Ducati Multistrada V4 Rally ini dibangunkan dengan kemampuan ‘off-road’ yang lebih mantap.

Sistem suspensi Skyhook Showa pada Multistrada V4 Rally ini telah dinaik taraf dengan jarak pergerakan lebih tinggi, 200mm berbanding 170mm pada Multistrada V4 S.

Menariknya, sistem suspensi tersebut kini menawarkan ciri ‘self-levelling ability’ yang akan menyelaraskan fork depan dan monoshock belakang mengikut keadaan permukaan jalan.

Ducati Multistrada V4 Rally juga didatangkan dengan mod Enduro. Ketika diaktifkan, kuasa enjin akan diturunkan kepada 114hp dengan’ campur tangan traction control’ diturunkan kepada tahap minima.

Bukan itu sahaja, ABS tayar belakang juga akan dinyahaktif bagi menyesuaikan jentera dengan tunggangan ‘off-road’.

Bagaimanapun, Ducati Multistrada V4 Rally masih lagi menawarkan kuasa 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.

Naik taraf terbesar lain turut termasuk fungsi ‘adaptive ride-height’ yang berfungsi dengan merendahkan jentera bagi memudahkan penunggang untuk naik dan turun sewaktu enjin dihidupkan atau dimatikan. 

Ducati Multistrada V4 Rally juga telah disertakan dengan tangki 30L berbanding 22L pada model standard dan V4 S. Tangki lebih besar itu membolehkan Multistrada V4 Rally mencapai jarak menunggang yang lebih jauh antara 350 hingga 370km. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]