Guna Laluan Tol, Mat Motor Kena Hempuk Dek Pak Guard!

Sekumpulan mat motor mencetuskan rasa tidak senang pengguna jalan raya apabila sewenang-wenangnya bertindak melalui lorong tol berpalang di Sitiawan, Perak. Kejadian itu turut dirakam pemandu kereta yang melalu jalan terbabit dan telah dimuat naik ke laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal telah menggunakan laluan tol berpalang bagi…

PROTON: 8,506 Unit Dijual Pada Januari, Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

PROTON membuka tirai tahun 2020 dengan langkah kanan apabila merekodkan penjualan lebih 8,506 unit sekaligus mempamerkan 20.2 peratus peningkatan berbanding tahun lalu. Ini juga merupakan angka penjualan tertinggi direkodkan PROTON dalam tempoh empat tahun. Kedudukan PROTON dalam pasaran turut meningkat kepada 19.5 peratus, naik 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menariknya, penjualan PROTON kekal…

Reviu Modenas Pulsar NS200 ABS: Bukan Lagi ‘Aku Brek Sendiri’

Jangan salah faham, anda masih perlu mengenakan brek sendiri tetapi kali ini dipermudah dan lebih selamat dengan adanya ABS. Selepas beberapa tahun sejak Bajaj memperkenalkan Pulsar NS200 di pasaran Malaysia menerusi penjenamaan semula Modenas, akhirnya versi ABS diperkenalkan. Baru-baru ini, kami berpeluang menguji sendiri kemampuan versi ABS ini ketika sesi Media Ride yang dianjurkan Modenas…

Nak Tampak Gah Di Litar? Moto2 Hafizh Syahrin Untuk Dijual – RM120,000

Jentera yang pernah ditunggangi pelumba negara, Hafizh Syahrin ketika di Moto2 kini dijual pada harga RM120,000. Ini bukan model replika tetapi jentera 600cc yang diguna pakai Hafizh sendiri ketika bersama Petronas Raceline Malaysia. Kombinasi kerangka Kalex dan enjin Honda CBR600RR ini merupakan antara faktor yang mencipta nama Hafizh di pentas dunia. Menurut perkongsian di Facebook,…

Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Kini Di Malaysia – RM359,900!

Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-25 sejak Ducati 916 menjadi ikon perlumbaan motosikal moden terutamanya di pentas Kejuaraan Superbike Dunia. Ducati 916 SBK berjaya merekodkan 120 kemenangan dan enam kejuaraan dunia dengan empat daripadanya dilakar pelumba lagenda, Carl Fogarty. Sehingga kini Fogarty merupakan gandingan terbaik 916 dalam sejarah SBK. Bagi meraikan ulang tahun jentera ikonik…

Op Selamat: 138 Kematian Dalam Tempoh Sembilan Hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan Op Selamat merekodkan lebih 138 kematian dalam tempoh sembilan hari – hingga Ahad – sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Daripada jumlah tersebut, angka kematian tertinggi masih melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 94…

Koleksi Helmet HJC 2020 Dah Sampai, Ini Semua Racun!

HJC Helmet Malaysia bakal memperkenalkan beberapa koleksi baharu menjelang suku kedua 2020. Kami berpeluang untuk melihat lima sampel terbaru yang terdiri daripada HJC F70, i90, V90, i40 dan V30. Menariknya, setiap daripada helmet ini menawarkan rekaan dan fungsi yang sesuai untuk segala jenis penunggang motosikal. HJC F70 Diperbuat daripada gentian kaca, helmet segmen sport touring…

Hukuman Lebih Berat Perlu Dikenakan Terhadap Pemandu Mabuk – Bukit Aman

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Azisman turut mendedahkan pihak PDRM akan bertemu dengan Kementerian Pengangktan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membincangkan masalah ini. Mengikut Seksyen 45A(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, memandu dalam keadaan mabuk akan berdepan denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari…

Pemandu Mabuk, Haramkan Arak Atau Pinda Akta Pengangkutan Jalan 1987?

Gesaan mengharamkan kapcai bawah 150cc kedengaran setiap kali berlakunya kemalangan membabitkan motosikal namun bila si pelaku adalah si mabuk yang memandu kenderaan empat roda, kelantangan sama tidak lagi kelihatan. Baru-baru ini, berlaku kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda yang merempuh tiga penunggang motosikal dengan pemandu terbabit disyaki memandu dalam pengaruh alkohol. November tahun lalu, seorang…