Op Selamat: 138 Kematian Dalam Tempoh Sembilan Hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan Op Selamat merekodkan lebih 138 kematian dalam tempoh sembilan hari – hingga Ahad – sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Daripada jumlah tersebut, angka kematian tertinggi masih melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 94 kematian.

“14,087 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatat angka tertinggi, 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616) dan Pulau Pinang (1,147),” jelas Azisman.

Sementara itu, sebanyak 233,454 saman dikeluarkan sepanjang operasi melibatkan kesalahan mengguna telefon ketika memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu lebih had laju, mengguna lorong kecemasan dan memotong barisan.

Op Selamat akan berakhir 1 Februari ini.

(SUMBER: Bernama)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.